YaNbu Al-SiNaYyAh 2009

Tuesday, June 30, 2009

UnTuK mU sAhAbAt


Untuk Tie ( isteri kpd Tok Mat ) skarang mungkin dah tiba di Malaysia. Sorry coz lambat bagi resepi yg diminta. Tie boleh ikut resepi kat bawah nih... Nanti jumpa di Malaysia. Take Care.



BAHAN-BAHAN:-

300 gm butter
140 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 camca teh esen ros
240 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
160 gm tepung kastard
ceri merah @ hijau -potong kecil


CARA-CARA:-

-Putar butter bersama gula sehingga sebati dan berkrim.
-Masukkan kuning telur dan esen vanilla,putar hingga kembang.
-Perlahankan speed,masukkan tepung sedikit2 sehigga habis.
-Uli sehingga sebati sehingga doh menjadi lembut.
-Masukkan doh kedalam acuan,tekan kemudian letak ceri yg telah dipotong kecil diatasnye. -Bakar dalam oven selama 15-20 minit dgn suhu 175*c




PUDING PELANGI




BAHAN-BAHAN:-

1 bungkus agar-agar
6 gelas @ mug air putih
2 senduk gula @ ikut kesukaan
1 tin susu cair
1 sudu tepung kastard
2 biji kuning telur
1 sudu planta
pewarna merah,hijau,coklat-(ikut kesukaan sendirilah)

CARA-CARA:-

-Agar-agar dimasak bersama air sehingga agar hancur,kemudian letak gula.
Kacau sehingga gula hancur.
-Susu cair dicampur bersama tepung kastard dan kuning telur,blend sehingga sebati,kemudiaan tuang kedalam agar2 yg telah hancur tadi.
-Kacau selalu dgn api yg perlahan,kemudian baru masukkan planta.
-Setelah planta cair bolehlah diangkat.
-Bahagikan adunan kpd 3 bahagian iaitu merah,hijau dan coklat.
-Sediakan acuan atau loyang,lapikkan disebelah acuan dgn buku.
-Tuang adunan coklat kemudian diikuti warna hijau dan merah.
-Berselang seli sehingga habis,barulah dibuang buku yg dilapikkan tadi.
-Sejukkan dan bolehlah dimakaaaaaaan...

-SEKIANLAH-

SELAMAT MENCUBA

Saturday, June 27, 2009

MEKAH,TAIF,AL-BAHAR DAN JEDAH

Assalamualaikum....

Dah beberapa kali percubaan tuk siapkan cerita kat bawah ni,kali ni barulah berjaya.
Kat sini aku nak cerita skit pasal aku p jalan2 makan angin start pd petang rabu baru2 ni hinggalah petang jumaat,haaaaaa....kali ni jauh skit destinasi yg kami nak tuju iaitu AL- BAHAR.Kami sekeluarga bersama family Kak Da ( Ramly ) .Keluar dari Yanbu ptg hari rabu lebih kurang jam 5 ptg.Kami tiba di mekah jam 11 malam.Oleh kerana plan kami nak bermalam di mekah so kali ni sempat lagi aku ngan kak Da buat umrah lagi.Buat jgn tak buat,takkan ku lepas peluang keemasan ni kalau tak rugi....Kami selesai buat umrah jam 3 pagi so terus tunggu utk solat subuh.
Selesai solat subuh barulah aku dan kak Da balik ke hotel.Sambil2 tu jengok2 jugak kat2 kaki 5 tu,mana tahu kut ada yg berkenan dimata.

Selesai saei bersama Kak Da
cuci-cuci mata

Sampai di bilik aku rehat jap sementara nunggu nak check out kul 9 nanti.Coz lepas ni kita orang nak ke Taif dulu bersama beberapa lagi keluarga Malaysian Yansab yg sampai kemudian skit pd kami.Kul 9 lebih kami beransur keluar dari bandar mekah menuju ke Taif.

pemandangan di Padang Arafah ketika melaui jalan ke Taif

Tiba di bandar Taif lebih kurang kul 11.30 kami pergi ke Masjid Abdullah Bin Abbas iaitu salah satu masjid yg penting jugak kat Taif ni.Abdullah bin Abbas ni adalah bapa saudara kepada Nabi kita Muhammad s.a.w ..Sempat rehat2 dlm masjid ni kemudian solat jamak.

ini lah masjid Abdullah bin Abbas

Selesai solat cik abang2 semua pergi carik makan dulu tuk bawak bekal dlm perjalanan ke al-bahar nanti,jauh lagi nih..Hanya aku dan keluarga kak da je yg teruskan perjalanan ke al-bahar.Manakala keluarga kak za (hj pozi),keluarga kak illa (hj.sanusi),keluarga Anis,keluarga kak su bermalam di Taif.

Mula memasuki bandar Taif

Jauh jugak bandar AL BAHAR ni,makan masa berjam-jam jugak.Dlm perjalanan tu kami singgah beriadah jap di tempat-tempat rehat di tepi jalan menuju ke al bahar ni,lapar lah weeeih...dari pagi kita tak ambil breakfast lagi,kesian budak2 ni semua.Makan lah nasi yg dibeli kat Taif tadi.


aku panggil nasi ni bukkhari ayam dan gambar kat sebelah family kak da.

Selesai makan dan selepas rehat beberapa minit kami pun kembali meneruskan perjalanan,ternyata masih lagi jauh destinasi kami.Perjalanan yg mengambil masa berjam-jam ni terlalu membosangkan pd anak2 aku kali ni,dah berapa kali tidor dan bangun.Jalan-jalan yg kami lalui dipenuhi dgn bukit2 dan gunung dgn jalannye bengkok2 seperti jalan naik ke Freser Hill,Cameron Highland dan Genting Highland.

dipertengahan puncak gunung

Setelah penat driver mendaki gunung maka tibalah kami di bandar Taif yg terletak di puncak
gunung ni.Dan setibanye kami beberapa minit dlm bandar ni kami disambut dgn hujan yg renyai2.Kata orang nilah hujan rahmat.Dengan tak kata lain kami terus cari tempat tuk menapak kat situ.Kami sewa apartment je kongsi ngan kelurga kak da,murah je hanye sr 2oo.
Tapi sebelum tu sempat aku shopping skit kat pasaraya apa ntah lupa lak namanye,kat kedai ni semuanye jual pakaian,aku beli baju gaun budak yg iring pengantin 6 pasang.Saje aku beli coz mura sesangat.Nak buat apa erk.....taklah baju ni aku beli utk aku letak kat kedai mak saudara aku kat malaysia,dia ada butik pakaian pengantin,sebelum ni pun dah beberapa helai baju pengantin yg aku beli letak kat kedai dia,kata orang adalah jugak faedahnye.

Bandar Al-Bahar yg disirami hujan

Dibandar ni kami tak tahu kat mana yg menarik jadi hanya duk lepak kat bilik je lah lagi pun driver2 dah penat dah tu....tidor awal coz esok pagi2 dah nak keluar dr sini nak teruskan perjalan ke Jedah pulak.Pepagi lg dlm kul 7 gitu kami keluar dr bandar Al Bahar ni mencari jalan keluar tuk ke Jedah,sebut pasal jalan ni.....huuuuuh kurus semangat,mana tak nye jalan yg kami keluar ni melalui tepi2 gunung berdebar dibuatnye nak nanggis pun ada.Bukannye rendah tu,bayangkan kami duduk dipuncak yg tertinggi sekali nak turun ke bawah tuk melaui jalan pantai...masa kami naik tu tak terasa sangat tp bila turun subhanallah.... tak percaya yg aku sedang menuruni gunung nih..di jalan ni terdapat 23 terowong yg dilalui,yg gelap gulita tanpa lampu jalan cuma berpandukan lampu kereta je.

bergambar kenangan di dalam bilik dan luar bilik apartment sebelum check out


Adik bersama baba diluar apartment

Dari Al-Bahar ke Jedah ambik masa 6 jam lebih jugak setelah campur sesat dan pusing balik,yg susahnye sbb cik hubby berdua ni tak tahu jalan nk masuk bandar Jedah kerana tak selalu kita org datang Jedah ni.So pedoman sekarang kita carik je Palestin Road.Setelah jumpa jalan tu barulah lega hati masing2,kami pun terus pergi rehat kat Corniche sambil makan2.Mula2 plan tu kami nak pergilah shopping kat Jedah ni tp oleh kerana masing2 dah penat sangat dah terutama abg lie hubby kak da sampai sakit2 pinggang dah,so kita terpaksa batalkan niat nak shoping mooping nih.Katanye hubby kak da "minggu depan kita datang balik"masa tu berbunga bunga aku ngan kak da dengar huhuhu..dngan tak tunggu lagi kami pun berkemas tuk balik yanbu.
Alhamdulillah kami tiba dirumah ngan selamatnye.

Monday, June 22, 2009

MEKAH TERUS KE MADINAH

Salam semua sahabat2 yg tercinta....

Apa crite kali ni erk...???emmmm,nampaknye story kali ni sama je yg lepas2.
Rabu lepas aku sekeluarga ke Mekah lagi...tujuan utama buat umrah lagi pastu carik barang2 tuk dibawak balik malaysia nanti.Walaupun lambat lagi tarihk tu tapi awal2 lagi aku dah siapkan apa yg nak dibawa balik nanti.Bukan ape takut kalau2 ada yg tertinggal nanti...


pilih jangan tak pilih



Perancangan awal nak pergi bersama ngan keluarga Kak Da( Hj.Ramly ) tapi last minute cik abang nye kena keja.So terpaksalah kami pergi sendiri.Keluar dr rumah lebih kurang jam 5 ptg gitu,tiba di Mekah dlm kul 10 lebih gak campur ngan berhenti kat masjid miqat.Sampai terus carik hotel.Rehat dulu kat hotel kemudian dlm kul 11.30 aku keluar utk selesaikan ibadat umrah.Kali ni aku keluar sorang2 je,hubby aku still kat hotel jaga anak2 coz dia tak buat umrah.Tak pelah kali ni biar aku dulu yg buat umrah seberapa banyak yg boleh nanti kalau dah balik bercuti belum tahu lagi ....balik ke tidak ke yanbu nih.


kejar burung2 merpati yg jinak teramat sangat...



Ramai jugak orang ketika ni,tp alhamdulillah TUHAN mempermudahkan bagi aku mengerjakannye hingga selesai.Tp aku tak terus balik ke hotel,lihat jam dah masuk 2.30 pagi alang2 aku duduk je dlm Masjid ni tunggu sehingga waktu subuh.Setelah selesai sembahyang beriman pd subuh hari tu...aku pun terus balik ke hotel.Sampai hotel ape lagi...tempuk2 bantal,tarik selimut terus tidur.Hubby aku kejut aku dlm kul 9 gitu,siap2 and terus keluar pergi menjelajah satu kedai ke satu kedai.Kat Mekah ni aku beli 2 dozen selindang,3 biji Quran kecil
dan sepasang abayat utk aku,tak sah kalau tak beli.Selepas asar kami balik ke hotel berkemas tuk ke Madinah pulak,kata hubby aku kat Madinah lg banyak pilihan kalau nak dibandingkan kat mekah.Lebih kurang 5.30 kami keluar dari mekah menuju ke Madinah melaui hihgway.
Peerhhh...lama jugak nak boleh ke sampai makan masa 5 jam jugak.Kami tiba di Madinah hampir jam 11 mlm.Terus cari hotel.Keesokan baru kami keluar carik barang2 lagi.

sementara mananti baba beli makanan kat medan makan madinah

Diantara barang2 yg dah dibeli
Setelah selesai carik apa yg dicarik kami pun beransur kembali ke hotel.Macam biasa bagda asar baru kami check out pulang ke Yanbu.Hampir masuk waktu isyak jugak kami sampai dirumah.

Tuesday, June 16, 2009

Kek ku tak jadiiiik....

HAI ALLzzzzzzz...

Smalam aku cuba buat KEK STRAWBERY ,resepi aku ciplak kat mamabungas punyer.Tengok dia punyer kek tuh dah meleleh air liur ni, jadi ptg smalam percubaan membuat kek tu diteruskan.Tapi kaaaaan.....huwaaaaaaaa tak berapa menjadik bantat.Kecewa dan terus kecewa..
Walaupun bantat tp tetap LAZIIIIT JIDDAN wa cakap lu....tak caya????boleh cuba nanti aku copy resepi mamabungas nyer.Sorry ah kak,kita copy je lah erk...malazzzzzzz gitu.Cuba jangan tak cuba.RUGIIIIII......

Glitter Photos


STRAWBERRY CAKE

Bahan
3/4 cawan gula aising
150 g mentega, pada suhu bilik
250 g cream cheese, pada suhu bilik
3 biji telur Gred A, pada suhu bilik
1/2 camca teh esen strawberry
1/2 camca teh pewarna pink
1 3/4 cawan tepung gandum
1 camca teh serbuk penaik
1/2 camca teh soda bikarbonat
1/4 cawan susu segar / susu UHT perisa strawberry
3 camca besar strawberry filling


Cara
1) Satukan mentega dan cream cheese, putar sekejap hingga rata. Masukkan gula aising dan pukul hingga putih.

2) Masukkan telur dan terus memutar pada kelajuan tinggi. Masukkan satu persatu telur sambil terus memutar hingga kembang, masukkan juga esen strawberry dan pewarna pink. Jarak waktu utk setiap biji telur ialah 1 minit.

3) Pada speed perlahan, masukkan tepung berselang seli dgn susu segar/uht berperisa strawberry hingga habis. Gaul rata.

4) Masukkan strawberry filling. Kacau perlahan menggunakan tangan. Jangan terlalu laju nanti buah strawberry akan hancur. Cukup sekadar kaup balik sajaha.

5) Sapu acuan bulat berukuran diameter 26cm dgn mentega dan tabur dgn tepung, ketuk keluar lebihan tepung.

6) Masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 35 - 40 minit.

7) Sejukkan 10 minit sebelum dikeluarkan kek dari acuan dan sejukkan kek atas redai.

8) Tuang lebihan strawberry filling untuk topping.

Saturday, June 13, 2009

HaRi-HaRi yANg BuSSyyyy....

Salam tuk semua....

Tak tahu n3 kali ni nak citer ape,coz malaaaaaaaz sangat akhir2 ni nak ngadap laptop,tambah2 lagi sejak seminggu 2 ni buzzzy giler...letih bebenor rasa badan ni haa.Tapi ana cuba jugak tuk update dipagi membuta ni...coz time ni jer lah yg sesuai tuk ana ngadap laptop ni,nanti kalau dah bangun hero2 tu jawabnye sorrryyyy...le.
Ikuti hari2 yg buzzy aku dlm minggu lepas.

AHAD 7hb.jun.2009

Pagi tu seperti biasa masak nasi lemak tuk sebahgian kawan2 hubby ditempat kerja.Batthen dlm kul 9 pg start masak nasi dagang yg ditempah oleh kak fauziah dan kak nani.Yg lain mcm biasalah kalau dah ada anak ni...melayan ngan kerenah dia org sampai ptg.

ISNIN 8hb.jun.2009

Bangun sekitar jam 4 pagi,buat nasi lemak.Dlm kul 6 pg siap2 tuk kerumah imah( hj.Ghaaz ) coz hari ni adalah hari pertama aku join kelas bahasa arab dirumahnye.Kelas start kul 8.30 pg.Aku kenalah siap awal kerana nak tumpang sekali hubby aku pergi keje.kalau tak.. tak pergilah jawabnye.Dan sampai bilapun takkan dapat belajar kalau tak buat macam ni..terpaksa korbankan sikit waktu.
Sebabnye undang2 kat YANBU ni kaum hawa tak boleh bawak kereta itulah problem nye.Jadi terpaksalah tumpang suami masa nk pergi kerja tu...


masing2 tekun je...belajar,boleh ke...???? syai an pa syai an...cakap arab skit,kalau tak ape guna pergi belajar...hehehe.


Man Haza ???? Haza uztaz Nur Kamarul, tholibun min Madinah.betul ke ayat aku ni.....???
Pada yg dah pandai tu kalau ayat ni salah tlg bagitahu ye..maklumlah ana tholibatun jadiiid.



sebahgian pelajar yg hadir pd hari tu...

SELASA 9hb.jun.2009

Hanya dirumah.....hari ni baru lah dapat rehat skit.Hari ni aku terlebih rajinlah fulooks .
Petang after asar aku buat kepok lekor,pas masak kepok lekor aku buat biskut dahlia.Aku buat kepok lekor ni saja je nak bawak tuk imah pd esok harinye kelas bahasa arab,dan biskut dahlia ni pula tuk bawak ke rumah yann coz ada demo masak pd mlm khamis.Dah buntu dah tak tahu nak masak ape,tut tut buat je biskut ni...


RABU 10hb.jun.2009

Pagi mcm biasa dah menjadi runting harian aku buat nasi lemak,maklumlah ana taajidatun saghirah fii yanbu ni...hari ni siap awal lg tuk ke kelas bahasa arab.Seharian duk rumah imah,coz hubby kerje sampai malam,lepas magrib pula aku dan imah serta anak2 kerumah YANN tuk join kelas masak dihantar oleh husband imah.Bukan main lagi mlm ni,ramai yg datang rumah yann kali ni,riuh rendah dibuatnye.Resepi yann kali ni MEE JAWA.sedaaaaaaaaap sehingga menjilat sudu...hehehe.

Sebahgian kaum2 ibu pd malam tuuuuu...seronok skali2 jumpa macam ni.Macam-macam story.

kacau betul-betul....kata yann selaku tuan rumah yg pakai tudung kelabu tu...

KHAMIS 11hb.jun.2009

Hari ni hari minggu tapi aku tak kemana sbb hubby kena keje,so duk rumah je lah,cuma mlm tu keluar jap ke hipper panda dan danah mall,cari baju tuk anak buah aku coz pd bulan lapan ni insyaallah kalau tak ada aral melintang aku akan balik malaysia.Jadi carik lah ape2 yg patut tuk keluarga dan kawan2 kat sana tu.

JUMAAT 12hb.jun.2009

Smalam pun sama hubby kerja.tp only halfday.Jadi petang after asar kami keluar ke pantai RC.Ramai jugak org kat sini,tp tak berapa syoook sbb tak ada kawan lain yg join,kalau ada member2 mesti seronok.LAYAAAAANZ....

sempat naik kuda ni je..

>BABA WA MAMA<>

Hanya ni lah citer aku sepanjang minggu ni,insyaallah jika panjang umur aku akan berceloteh lagi di blog ni.Sampai jumpa lagi.

ILLAL LIQOOOT

Thursday, June 4, 2009

PENAWAR KEPENATAN






Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di
rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar
oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah
sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin
Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling
gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia
dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta
menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa
yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali
dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu
berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan
menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.
ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia
diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja
yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)
dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan
mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-
Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian
kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan
senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."





Wednesday, June 3, 2009

TAZKIRAH-renungan bersama

Assalamualaikum rakan2 ku yg dikasihi semua,semoga kalian semua dirahmati ALLAH dan sentiasa ceria sokmo deh..Pejam celik-pejam celik dah habisssss.. satu minggu.Masa begitu pantas berlalu...usiapun semakin hari semakin meningkat.Kali ini marilah kita sama2 merenungkan wasiat-wasiat RASULULLAH saw,kepada kita semua.Semoga kita sama-sama diberi manfaat atas ape saja ilmu yg kita perolehi.amiiiiiiin.

13 wasiat Rasulullah kepada Ali



RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan
umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan
bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.

Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu
menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.

Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin
dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang
beriman.

Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,
Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai
kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain
separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya
itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya
tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku,
sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan
Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka
dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan
muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu
berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang
berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di
pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali
dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah
tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah
mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan
sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu
menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat
kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak
dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau
dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah
diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri
engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri
saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri
saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau
dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli
rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan,
nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.
InsyaAllah


Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.