YaNbu Al-SiNaYyAh 2009

Wednesday, July 29, 2009

X.T.V.T mAlAm RaBu....

Sebelum ni kami tak ada xtvt pd malam rabu nih....tp smalam dah start dah kat rumah za ( w.azmi ) kat RC,lepak-lepak sambil menambah ilmu....timbulnye xtvt ni sbb mlm ni malam hubby2 ada kelas bahasa arab kat rumah noor(hj.zainuddin) jg kaum2 ummi pula ambik peluang ni tuk lepak2 kat rumah za...apalagi kalau dah kaum2 ummi bersatu...makan laaaaaaaaaaaah.

Semalam kami ramai2 buat projek paung goreng ( buah boooom ),dan kuih lapis.Yg diketuai oleh Kak Daa ( ramly )...dia ni cikgu ajar masak masa kat malaysia dulu,so semua kuih kampung dia pandai buat,sedap pulak tuuuuh.Dan smalam juga ada yg belajar jahit manit .Cikgunye pula tak lain tak bukan mestilah Mas ( PERMATA HATIKU ),murid yg paling rajin dlm bak jahit manik ni noor leeer,aku....?eheheheh bukan tak minat langsung tp kurang minat bak2 jahit menjahit ni....menda ni semua mesti ada minatnye tu ,kalau tak ada minat tak jadiiiik.Betul tak Nooooor.
Selesai masak makan-makan mestilah ada.....sambil borak2 sambil makan.Pukul 10 lebih baru hubby2 habis kelas....puas hati ummi2 nih semua bila dah berkumpul cam ni,tp yg jadik masanye za lah...tuan rumah ni,semua dah bersepah....sory lah za ye...jangan lah serik pulak.
Minggu depan projek buat roti canai pulak....harap2 menjadiiiik.



Hari ni lepas mr.hubby pergi kerja aku buat biskut tat dan dahlia...hai makin hampir nak balik makin bertambah lah pulak tempahan.Tak tahu sempat buat ke tidak.
Pada sape2 yg buat tempahan tu jangan berharap sangat lah ye...kalau sempat saya buat kalau tak sempat tuuuh.....sory banyak2.Dari pagi sampai ler kul 12 tghari...aku duk ngadap ke biskut ni,,,dah selesai buat call mr.hubby suruh dia beli nasi tuk makan tghari.....makna nye dapur aku tak berasap lah hari ni....

inilah santapan kami tengahari tadi

ini namanye tak silap aku Motthu.Sedap kak dalam inti daging


Malam pulak mr.hubby kuar beli kari kambing ngan roti....makan jelah apa yg ada...lepas makan malam aku start buat tat lagi,sambil kemas2 rumah dan siap apa yg patut coz esok kami nak ke Jeddah lagi...kemudian masuk tidor lah apalagi...zzzzzzzzz

Monday, July 27, 2009

Minggu Rajin Aku...

Hahaha....bila aku rujuk balik tajuk kat atas ada betul nye, memang dlm masa seminggu ni aku rajin benor rasanye...rajin update blog,rajin jalan2,rajin masak dan yg paling aku rajin ialah rajin makaaaaaaaaan...ha tu lah aku kat yanbu nih,takde kerja lain asyik makan...makan...makan
sampai berat badan pun dah menambung naik.

Bayangkan sebelum aku datang sini berat badan ku
58 kg,selama 10 bulan aku kat sini berat badan dah naik8 kg.....dasyat tuuu...tak boleh...tak boleh.
Nanti balik malaysia aku kena joint balik lah kelas aerobik walaupun dlm bulan puasa,tp nasib jugaklah kelas aerobik tu waktu pg dlm bulan puasa tak lah letih sangat...
aiiiik dah lari topik lak...sory.

N3 kali ni aku cuma nak kongsi resepi kuih2 yg aku buat sepanjang minggu ni...itu je,tp dah sebut pasal makan tu.. melarat lah pulak ceritanye...
Ok lah,pendek kata jom kita sama2 layan resepi2 niii...

kuih apam balik buat semasa pergi berkelah di pantai yanbu pekena pula ngan teh o panas...sedaaaaaaap.

BAHAN-BAHANNYE ;-

2 cawan tepung gandum 1/2 cawan gula 1 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh mauripan sedikit pewarna kuning 1 biji telur 1 1/2 cawan air ( aku guna 2 cawan ) sedikit mentega

BAHAN TABUR:-

Kacang tanah yg telah digoreng dan dikisar Jagung manis dlm tin Gula secukupnye

CARA-CARA BUAT:-

- Mesin gula bersama telur hingga kembang. - Masukkan soda bikarbonat,air,pewarna mesin lagi hingga sebati. - Masukkan tepung dan mesin lagi hingga betul2 adunan sebati. - Perap sekejap - Panaskan kuali pan,oleskan planta dipermukaan kuali dan tuangkan adunan tadi,kemudian oleskan nipis. - Biarkan seketika dan semertara menunggu masak taburkan bahab tabur. - Apabila dah cukup masak angkat dan lipat dua sebelum dipotong.




ni pulak kek yg aku buat masa hari majlis makan hari tu..
KEK MARBLE BADAM


BAHAN-BAHANNYE:-

250 gm mentega
5 oz gula halus
5 biji telur
1 oz badam kisar
5 oz tepung naik sendiri
2 sudu makan susu pekat
1 1/2 sudu teh esen rose
sedikit pewarna merah dan hijau

CARA-CARA :-

-Pukul buter dan gula halus hingga gebu.
-Masukkan telur satu-satu kemudian masukkan esen rose dan susu pekat.
-Pukul hingga sebati.
-Masukkan badam kisar dan tepung,gaul rata.
-Bahagi adunan kepada 3 bahagian,merah,hijau dan warna asal.
-Masukkan adunan berselang seli sehingga habis.
-Bakar selama 30 minit dengan suhu 160 c.



terkeluar dari mulut mr hubby nak makan pulut panggang...terus buat

BAHAN-BAHANNYE:-

UNTUK INTI:..

Bahan2

1 kg ikan selayang / ikan uji rashid / ikan kembung
1 sudu kecil garam & 4 keping asam keping (untuk merebus ikan)
½ biji kelapa (ambil santan pekat anggaran 2 cawan)
6 ulas bawang merah ~ dimayang halus
1 inci halia ~ dihiris memanjang halus
1 sudu kecil halba
garam & gula secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Cara Menyediakan Inti

1. Rebus ikan dengan garam, asam keping & sedikit air.
2. Sejukkan ikan & asingkan isinya sahaja.
3. Tumbuk isi ikan hingga lumat
4. Dalam kuali.. masukkan santan, bahan2 hiris, halba, isi ikan, garam & gula secukup rasa.
5. Masak bahan2 tersebut hingga menjadi betul2 kering & berderai.
6. Angkat & ketepikan sedia utk digunakan.

BAHAN-BAHAN UTK PULUT:-

1 kg pulut ~ direndam semalaman atau sekurang2nya 3 jam
1 biji kelapa ~ ambil santan pekat anggaran 3 cawan (kalau rasa kering sgt.. boleh tambah lagi)
garam secukup rasa
Daun pisang utk membungkus ~ potong anggaran selebar 7 inci setiap sekeping dan lap permukaannya.
Lidi yang dipotong runcing sepanjang 1 ½ inci (untuk cucuk daun pisang) atau boleh juga gunakan stapler saja.. (org dulu2 guna lidi)
kapur makan (untuk di lengserkan pd jari jemari utk mengelakkan pulut melekat2 pd jari)

Cara Menyediakan
1. Toskan pulut yang direndam tadi & masukkan ke dalam pengukus (elok guna pengukus lubang halus agar pulut tak jatuh jika pengukus berlubang besar.. alaskan dengan daun pisang). Kukus selama 30 - 40 minit.
2. Angkat pulut dan masukkan ke dalam besen dan arong dengan santan yg dicampurkan dengan garam. Kacau hingga rata dan kukus sekali lagi selama 30 minit atau hingga pulut masak.
3. Sediakan daun pisang (letak atas meja atau papan pencanai atau atas kekuda kalau buat kat lantai).
4. Sapukan jari dengan kapur makan agar pulut tak melekat pada jari. Sudukan anggaran 2 ~ 3 sudu besar pulut atas daun pisang dan ratakan. (rujuk pada gambar).
5. Sudukan inti anggaran 3 sudu kecil lalu balutkan inti tadi dengan pulut dengan beralaskan daun pisang. Pastikan inti tertutup dengan pulut dan berada ditengah2 pulut supaya inti tak berterabur waktu nak makan
6. Potong lebihan daun pisang kiri & kanan balutan pulut tadi anggaran 1 inci.
7. Dengan menggunakan jari.. tekan/cucuk2 pulut ke dalam balutan daun pisang tadi agar ia kemas & mampat.
8. Cucuk dengan lidi atau stapler untuk mengemaskan balutan.
9. Bila dah siap.. bolehlah dibakar menggunakan dapur gas ataupun arang.





biskut tat nenas tempahan dari imah
BAHAN-BAHANNYE:-

250 gm butter
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
Esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

untuk pengilat:

2 biji kuning telur
2 sudu kecil air
pewarna kuning

CARA-CARA BUAT :-

-Gaul butter dan gula sampai rata.
-Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
-Masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
-Uli adunan sehingga sebati kemudian terap dgn acuan tat.
-Kemudian bakar selama 15 @ 20 minit dengan suhu 150 c.




kek lapis prune buat untuk birthday baba

BAHAN-BAHANNYE:-

250 gm butter
1 1/4 cawan gula castor
7 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu segar
Sedikit pewarna hijau
Prune atas asam

CARA-CARA BUATNYE:-

-Pukul butter dan gula sampai kembang.
-Masukkan telur sebiji-sebiji,putar lagi.
-Masukkan esen vanilla,susu segar dan susu pekat.
-Masukkan tepung gandum dan kacau rata.
- Bahagi adunan kpd 2 bahagian,satu warna hijau dan satu warna asal.
-Bakar lapisan pertama dengan warna asal,kemudian warna hijau.
-Pada lapisan hijau taburkan buah prune atau asam,kemudian bakar.
-Setiap lapisan bakar selama 10 minit.





SELAMAT MENCUBA

Sunday, July 26, 2009

Undangan Dan Celebrate.

Salam semua...

Kali ni terlebih rajin lah pulak nak update blog,bukan pe saje ngadap laptop ni sebelum masuk tidor smalam, sambil melayan tv...Semalam lepas magrib kami sekeluarga diundang oleh tuan tanah PERMATA HATIKU ( mas ) kerumahnye,tuk makan malam.Terima Kasih Mas,sedap laut yg dihidang tadi terutama sambal jawa tu,lain kali leh ler ajar kita.


kek yang kami beli smalam


kek yg mama buat tuk baba

Masa aku sampai tu keluarga hj ghaz pun ada...bersama hj.fadhil dan hj.ahadin.
Masing2 dah duk kusyuk makan.Siang tadi aku ada masak sup kambing dan kek lapis.
Jadi aku bawak sekali kerumah mas.Dlm perjalanan kerumah mas tadi aku singgah jap kat kedai kek yg berhampiran dgn rumah aku,mr.hubby beli sebiji kek tuk celebrate sempena hari ulang tahun perkhawinan dan birtdaynye kat rumah mas nanti,boleh celebrate bersama imah ( hj.ghaz ) coz hari ini juga adalah birthday nye." HAPPY BIRTHDAY IMAH ".
Tiba je rumah mas terus makan ramai-ramai,rasa macam duk kampung pulak.Selesai makan nasi,acara potong kek dan sesi bergambar diteruskan...

potong kek ler pulak.....


tiga mak dara pinggitan( aku ngan mas tembam semacam jerk) ,imah tetap ngan badannye yg solit molik tu.

Perut dah kenyang waktu isyak pun dah masuk.Kaum bapak semua dah keluar nak ke masjid,
apalagi kaum ibu bertiga ni....sembang laaaaa sambil pekena kopi panas dan hidangan ringan.
Seronok sekali sekala bila dah jumpa mcm ni....

Baba bersama rakan2


gambar ni khas tuk tatapan kak nani ngan kak za...
( sengaja besarkan ) huhuhu

Hampir jam sepuluh setelah hubby balik dari solat kami semua dah mula bersurai ( ayat tu mcm ramai lah pulak ) imah mendahului kami kemudian hj.ahadin dan hj.fadhil,last sekali aku ler...
Sampai rumah semua dah ngantuk cuma si kecik aku ni je masih rancak bermain,yg jadi mangsa mama ni lah duk melayan dia sampai kul 1 pagi.Tu yg sempat up date blog ni....k tu je tuk kali ni..adiuoooos.

Saturday, July 25, 2009

2 DALAM 1....


SELAMAT ULANG TAHUN PERKHAWINAN
DAN HAPPY BIRTHDAY



Tanggal 25hb.julai 2002
bersamaan 14 jamadhil awal
Jam 6 ptg.

Kami telah selamat diijabkabulkan oleh jurunikah Hj.Abd.Rahman Bin Muda.


Emmmmm......diam tak diam dah masuk 7 tahun kami hidup bersama.
Bermacam-macam dugaan yg kami tempuh.Ribut badai kami harungi bersama.
Alhamdulillah kami masih bertahan dengan kehendak yg maha kuasa.
emmm....emmm....emmm bukan itu saja tarikh ini juga adalah hari ulang tahun kelahiran my hubby...yg ke 54.
Dikesempatan ini aku ingin ucapkan" SELAMAT ULANG TAHUN PERKHAWINAN DAN HAPPY BIRTHDAY" khas untuk mr.hubby aku yg tercinta..mua..ha..ha

Terima Kasih Di Atas Kasih Sayang Dan Tanggungjawab Yang Abang Curahkan Kepada Yang Dan Anak-Anak Selama Ini....
Semoga Ikatan Ini....
Terus Berkekalan Hingga Ke Akhir Hayat Kita,Insyaallah.
Dan Juga Semoga Panjang Umur Dan Murah Rezeki.
Kasih Sayang Ku Hingga Ke Penghujung Nyawa....

I LOVE YOU FOREVER

Thursday, July 23, 2009

ALHAMDULILLAH....

Syukur alhamdulillah,majlis makan2 dirumah aku telah pun selesai,niat nak buat makan tuk rakan2 kat sini telah terlaksana.Lega rasa hati....mana taknye dari hari ke hari asyik tangguhkan je nak buat majlis ni sibuk lah katakan.....sibuk ke????sibuk jugaklah aku ni.....sibuk berjalan hehehe.
Majlis ni tuk semua warga MALAYSIA YANSAB,tp ramai juga yg tak dapat datang coz ada yg kerja shif dan ada yg telah ke mekah dan jeddah,nak buat macam mana hari yg aku buat majlis ni adalah hari terakhir hubby2 dia org bekerja jd masing2 mestilah ada program sendiri kan.
Tak pelah.....apa2 pun aku ucapkan ribuan terima kasih banyak2 pd yg telah datang ke majlis aku smalam.Terutama kepada 3 orang pembantu setia aku nih....KAK DA ( RAMLY ) , IMAH ( HJ.GHAZ ) dan ZA ( WAN AZMI ).

sebahgian tetamu yg hadir smalam

Majlis bermula jam 5 petang iaitu selepas asar dan berakhir jam 12 malam.Penat tu....dr pagi aku siapkan juadah yg nak dihidangkan tu.Tapi puas dan happy bila dah ramai rakan2 datang.Dah takde penatnye lagi,riuh rendah dengan suara anak2 dan ibu2 serta bapa2 ni,maklumlah sekali sekala jumpa macam-macam lah story yg diceritakan.


antara juadah yg dihidang

Menu utama dlm majlis ni nasi dagang dan nasi minyak.Ada mee hoon,keropok,kek,kuih kaswi beberapa jenis puding dan buah2an.Kalas semua....alhamdulillah.
Selepas semua dah balik kerja2 mengemas diteruskan mlm tu juga,mujurlah mr.hubby tolong.Siap kemas dlm kul 2 pagi .Mandi dan terus tidor.

PERHATIAN !!!!!!

SEHELAI JAKET DAN TUDUNG ANAK PEREMPUAN
ADA TERTINGGAL KAT RUMAH NI.
SAPA2 YG PUNYA BOLEH TEFON KITA.




Saturday, July 18, 2009

Al-Haraaj ( Nilai 3 Jeddah )

Kali ni aku ke Jeddah lagi selama 3 hari 2 malam.Macam biasa bertolak petang hari Rabu sampai sana terus chek in kat Jeddah Home ,setelah ambik kunci bilik kami sekeluarga terus menyusur ke Asia Restoran...makan dulu lah weeeei...kemudian kami balik ke hotel.

Keesokan pagi dlm kul 10,kami pergi ke Al-Haraaj.Untuk pengetahuan kau org semua, al-haraaj ni aku umpamakan seperti kat Nilai 3 negeri sembilan.Tapi besar lagi kawasan Haraaj ni.Tak larat kalau nak ronda semua kedai kat situ.Satu hari pun tak cukup.Apa kau orang nak...Baju,Abaya,Cadar,Selimut,Kasut,Handbag,Bunga,Pasu,Karpet,Pekakas dapur,barang letrik,perabut....macam2 ada lah.Aku syorkan kau orang pergi lah sendiri,tak dapat aku nak citer kat sini.Aku tak lah beli banyak sangat cuma dapat sambar baju 2 pasang,kasut ,carpet gambar kaabah,gambar masjid haram dam gambar masjid nabawi je...

Kami sempat ronda dlm 2 kawasan je...tp dlm satu kawasan tu berpuluh kedai yg ada,larat ke nak jalan nih..kita balik hotel dulu lah nanti lepas asar datang lagi kata hubby aku.
Kepalanye dah berdenyut-denyut dah,so kami pun terus balik hotel.
Semasa kami rehat kat bilik kami terima call dari kak illa ( Hj.Sanusi ) yg menyatakan dia baru sampai di Jedah Home.Apa lagi ...hubby aku pun ajak lah dia orang pergi Haraaj lepas asar nanti.

Seperti yg kami rancang ,baqda asar kami pun pergi ke Haraaj bersama keluarga Kak Illa dgn menaiki keretanye.Sampai situ ronda sampai malam..itu pun belum habis kami ronda ,tak larat dah...belum lagi ke kawasan2 barang -barang lain,cuma kat kawasan baju ngan kasut je malam tu...Dlm kul 11 jugak kami balik ke hotel.Insyaallah kalau sempat nak pergi lagi sebelum balik malaysia nanti....ada sape2 nak ikut tak .hehehe

Hari jumaat pagi hubby aku ajak keluar,katanye nak ronda2 kenal jalan nanti senang kalau dah tahu jalan.Kami ke Pasar basah dulu tp aku tak masuk cuma hubby sorang je.Katanye semua ikan,udang dan sotong fresh2.Tp kat situ tak ada satu pun yg jual sayur.Semua jual ikan.
Mungkin pasar jual sayur2 terletak ditempat lain.Kemudian dari pasar ikan kami menuju ke old town jedah.Turun ronda situ jap tp hanya beberapa buah kedai je yg bukak.Terus kan perjalanan dari satu jalan ke satu jalan kami ronda,Skarang kami dah tahu jalan tuk ke Geant,Ikiea,Hyper Panda,Oaisis Mall dan banyak lagi tempat2 nak perabih diut nih.Tp kami tak singgah semuanye tutup bagda asar baru bukak.Setelah penat ronda2 jalan kami balik ke hotel rehat nanti lepas asar kami nak ke balad pulak.

Kat hotel kita orang tidor je ler...dah takde apa nak buat.Selepas solat zuhur aku dah kemas2 barang untuk check out kul 3 nanti.Sementara aku kemas barang driver ( hubby aku ler...) sempat tidor dulu,kalau tak nanti mengantuk nak balik yanbu.Kami janji nak balik sama2 ngan sanusi tp kul 3 tu kami check out dulu,dia check out lepas asar.
Dah check out kul 3 tu kami pergi lunch dulu kat asia restoran.Hj Sanusu tepon bagitahu dia org nak ke balad dulu malam baru nak dtg makan kat asia restoran.Jalaaaaaaaan....
Setelah perut ni kenyang barulah best nak jalan2 kat balad tu...
Dari petang kami kat balad sehinggalah masuk waktu isyak...Kat saudi ni tak susah kalau dah masuk waktu solat....sembahyang je kat mana2,selain di masjid,kaki2 lima,tepi jalan,ditepi padang pasir boleh je maffimuskillah....
Habis jalan kat situ kami pun menyusur keluar dari situ,punyerlah ramai orang kami tersangkut dlm tempat parking hampir satu jam.Lain kali kalau datang lagi tak boleh lah parking dlm Corniche Comercial ni....susah nak keluar jeeeeemmm....Lega bila dah keluar dr tempat parking tu....tp kak illa masih kat dlm lagi,hubby aku call hj.sanusi bagitahu dia nanti jumpa kat asia restoran.....Nak makan lagi ????? tak lah...kami cuma nunggu keluarga kak illa coz dia org belum makan.Dah janji nak balik sama2 kena lah tungguuuu....nanti kalau kita balik dulu apa kata kak illa pulak,BETUL TAK KAK ILLA ??? hehehe.Kami keluar dr jeddah kul 11 lebih sampai rumah jam hampir 3 pagi.Tak sempat kemas barang terus noooummmmm.....sampai pagi.
Tengok ler gambo2 yg sengaja aku snaap tuk tunjuk pd kau orang.....tp...jangan lah jelous ye.Nanti kita pergi sama2 k.






WASSALAM

Wednesday, July 15, 2009

Ziarah Madinah Al-Munawarrah

Salam ukwah tuk semua sahabat di alam maya ini,tak kira yang jauh dan juga yg dekat.
Dalam kehidupan kita seharian pasti ada berbagai perkara yg berlaku pd kita kan..
Tak kira perkara tu gembira atau pun sedih,pasti ada yg nak dikongsikan bersama di alam maya ini,cuma rajin ngan malas je.
Begitulah ngan aku,kalau dah buntu sangat ideal tu datanglah penyakit malas tu tambah2 lagi ngan masaallah line nternet kat rumah nih.

Kat sini kalau tiba je hari rabu pasti ramai yg rancang dng berbagai xtvt,coz pd hari ni lah hari akhir hubby masing2 bekerja dlm satu minggu.Khamis dan Jumaat adalah off day....tp ada jugak yg tak cuti pada hari ni.
Bagi hubby aku dia jarang kena kerja pd hari cuti ni.....sooooooo....kalau rajin kami pergilah mana2 tuk hilangkan rasa boring duk kat rumah ni.Tapi kat sini cuma 3 tempat jer yg paling dekat dan paling kerap kami pergi.Madinah,Jeddah dan Makkah.

RABU

Minggu lepas aku bersama keluarga pergi ziarah madinah.Bertolak dr rumah ptg rabu 8hb.julai.
Tiba di sana dah masuk waktu magrib terus check in kat haramin suite.Lepas isyak kami keluar ronda2 sambil mencapai apa yg berkenan.Tp mlm tu hubby aku banyak membeli sejadah tuk hadiah kawan2 kat Malaysia nanti.Dlm kul 11.30 mlm kami balik ke hotel.zzzzzzzzzz

KHAMIS

Pagi tefon imah ( hj ghaz ) tuk ajak masuk ke Raudah.Jam 8.30 pagi jumpa imah di depan KFC kat bangunan Taiba.Ramainye yg nak masuk ke Raudah ada yang bertolak2.Kebanyakan org2 arab,turki dan pakistanlah yg tak mengikut peraturan ,main masuk jer walaupun dah terima arahan dari penjaga nak masuk raudah tu.Jemaah dr Malaysia dan Indonesia still the best,ikut peraturan.Masa aku pergi tu aku memakai abaya bercolour dan imah pakai abaya hitam dan bertutupkan muka katanye imah mungkin kita diasingkan bersama jemaah dari malaysia tuk masuk ke Raudah pd jam 2.30 ptg nanti sbb dia tengok kak mar pakai macam ni,alamak lambat lg tu...tapi tak pe kita cuba kalau ada rezeki dapat kita masuk dulu.Dlm desakan orang ramai tu kami tumpang sekaki tuk mendahului masuk ke Raudah.Alhamdullillah rezeki kami kali ni dapat ler masuk ke Raudah.Masa aku masuk tu aku bawa bersama anak aku yg kecik tu .Kesian dia kena himpit dik orang ramai walaupun aku mendukungnye.Bergilir dgn imah tuk solat sunat 2
rakaat.Tak boleh lebih...takut,ada yang tolak2 masa waktu solat tu dan ada juga yg langkah kepala kita semasa sujud tu.Dah selesai solat kami terus je keluar dr Raudah.Terus ke Taiba ronda2 bersama imah.

Didepan tu lah taman raudah



sempat beli abaya ni semasa ronda2 ngan hubby....dia bayarkan hehehe... selamat duit aku sr 200.

Jam 11.15 imah balik ke hotel sedangkan aku masih still kat taiba bersama hubby dan anak2 coz nak tunggu masuknye waktu solat zuhur,malas nak balik hotel panas....
Dlm duk nunggu tu hubby terima calling dr kawan dia kat yanbu katanye pg esok ( jumaat ) jam 6.30 pg ada kelas diving kat laut.Ptg tu bagda asar kami menyusur balik ke yanbu.Aku nak singgah jap kat hipper panda tapi belum solat magrib so ambik keputusan pergi rumah kak da kat RC tuk tumpang solat magrib.Lepas solat sembang2 sambil makan dan minum sehingga isyak,bagda isyak baru kami ke panda.Mlm tu ntah ada pogram ape kat panda tak tahulah aku....
aklan ada kat dinding market tu tp sepatah haram aku tak faham...siap ada tembakan bunga api lagi,lama tak tengok bunga api ni caantiiiiiiiik sangat....Lepas balik beli apa yg patut kami pun terus balik rumah.



diantara percikan bunga api yg sempat aku snaap...



JUMAAT

Pagi2 lagi hubby dah keluar tuk ke kelas diving,selepas solat subuh aku sambung tidor lg,baru nak tarik pickup tefon dah bunyi...." Yang...kejut anak2 siap kita pergi madinah lagi ngan ramly " kata hubby aku...hahaha org tak nak ajak dia pergi nyelam kat laut coz masih tak habis lagi ujian kat kolam.katanye lagi.Dengan pantas aku bangun hilang semua rasa ngantuk,jalan punyer pasal,hehehe memang aku ni suka berjalan....kalau kat malaysia dulu lagilah apatah lagi kunci kereta di tangan.

Jam 8.30 kami tiba dirumah kak da.Pastu hallatul....
Tempat pertama kami singgah Masjid Qubaa tuk solat 2 rakaat.




jalan2 yg menuju ke Madinah yg dipenuhi gunung ganang.





Masjid Qubaa masjid yg dikunjungi Rasulullah S.A.W setiap hari sabtu

sabda nabi s.a.w sesiapa yg bersuci ( berwudhuk ) dirumahnye kemudian solat didalamnye,ganjarannye samalah dgn pahala mengerjakan umrah.

Kemudian kami menyusur ke Masjid Nabawi tuk solat jumaat.
Terus masuk ke Parking masjid.

masjid al-nabawi
dihadapan masjid al-nabawi
Selesai solat jumaat kami terus ke Taiba,cari barang yg hubby aku nak beli coz semalam tak sempat katanye.Dah dapat apa yg dicari selesai solat asar kami pergi pula ke AL HASSAN MALL yg terletak tak jauh dari bukit uhud.Masa tu tak berapa banyak lagi kedai yg bukak so jelajah je yg mana dah bukak.Ronda punyer ronda masuklah ke satu kedai yg menjual handbag.Hubby belanja lagiiii....dapat satu handbag baru.Harga tak lah mahal mana dlm seratus lebih jer tapi masa aku beli tu tak sampai seratus pun harganye selepas diskaun.MI SA KO itulah jenamanye,tak pernah aku dengar.Tak kisahlah apa jenama pun,murah atau mahal kalau hati dah berkenan rembat jer....aku bukanlah org yg utamakan barang2 yg ada class, cukup kalau hati dah berkenan.Tak kira murah atau mahal.

inilah rupanyer

Kemudian kami pun menyusur keluar dan balik ke yanbu.Baqda magrib kami dah pun sampai rumah.Inilah saja cerita aku kali ni,nanti kalau ada masa dan kalau aku rajin aku bercerita lagi.
Insyaallah.

Cerita yang tertunggak

Dua hari lepas baru abah belikan kek tuk najwa ganti yg hari tuuuu....hehehe

25 HB.JUN yg dah lama berlalu genaplah 5 tahun umur anak ku MUHAMMAD MIFZAL ( najwa ) .Pada hari tu kami bercadang nak sambut birthdaynye di Mekah coz masa tu kami on theway ke AL BAHAR bersama keluarga kak da.Sebelum kerumah kak da ,kami pergi ke Sumairi dulu tuk beli kek ni...tp tak nampak pun lagi kedai kek kat sumairi ni...ntah ada ke tidak. Pusing punyer pusing jumpalah kedai ROBBIN bla..bla..bla lupa pulak namanyer,tak silap aku ni kedai jual aiskrim."cuba masuk kedai tu bang,manalah tahu kut2 ada jual kek." katanye aku pd hubby.
Hubby aku pun terus masuk kedai tu...dlm 15 minit jugak aku nunggu dlm kereta,maka keluarlah hubby aku ni dgn membawa satu kotak yg berisi kek nih...
" Nak letak mana ni Yang" tanye my hubby." Letak je dlm bonet tu " dgn selamber nye aku ni jawab.
Sampailah kami ke Mekah tuk bermalam sebelum bertolak ke al-bahar keesokan paginye.Rancang nak sambut birthday si abang pd mlm tu terpaksa ditangguhkan pd hari esoknye coz semua dah ngantuk.Selepas anak2 semua tidor aku bersama kak da dan firdaus anaknye keluar tuk selesaikan umrah.Sampai lah ke pagi tu.
Sampai ke bilik anak2 masih tidor lagi...kejutkan dia org semua coz kul 9 pagi dah nak check out.
Dah siap semua aku pun bersuara kat anak2,jom kita makan kek semua...panggillah anak2 kak da jugak.Dengan penuh harapan si Abang ni nak potong dia punyer kek ni,begitu jugak ngan anak2 kak da.Aku pun keluarkanlah kek yg tersimpan dlm peti ais sejak dari sampai mlm tu,buka punyer le bukak terkejut aku tengok kek tu dah tak serupa kek dah,cair semua....rupanyer kek yg hubby aku beli tu kek aiskrim.Manalah nak rupa kek lagi kalau dah cair.Tak sangka pulak aku yg kek tu kek aiskrim suruhlah letak kat belakang bonet kereta...dah tengok kek tu masing2 muka layuuuuu jerk.
Kallas semua... hangus duit sr 146.Dah lah mahal harga kek tu.Takpelah dah takde rezeki katanye hubby aku nanti balik beli lain.Langsung tak sempat merasa....tinggal je kek tu kat dlm peti ais tu kata hubby aku lagi....lepas tu kami pun keluar dari hotel tu menuju ke destinasi kami.


SELAMAT HARI LAHIR TUK ABANG NAJWA.
SEMOGA NANTI MENJADI ANAK YG SOLEH.
......AMIIIIIIN...

Tuesday, July 7, 2009

Sejak sekian bulan menapak kat tanah arab nih...macam2 makanan malaysia yg dihidamkan terutama makanan2 kegemaran.Dah lah tu,barang2 pun bukannye senang nak dapat kat sini ada jugak yg tak ada...tp kerana dah gian sangat nak makan maka terpaksalah diusahakan membuatnye sampai menjadi,kalau tak jadik sikit2 pun takpelah asalkan rasanye tu ada...
Cerita pasal makanan nih tak terkira rasanye kalau nak dibilang...dah takde depan mata semuanye nyamaaaaai jer rasa,dulu tak kisah sangat sekarang dah mengigau-ngigau nak buatnye.Seingat aku kuih ni pertama kali aku buat .....beberapa belas tahun yg lepas.Lepas tu haram tak buat2 lagi.Kalau rasa nak makan beli je dulu...tp hari ini aku terpaksa buat lagi kuih ni kerana rasa nak makan sangat2....mujurlah menjadi.
Inilah dia kuih yg aku maksudkan tu....

kuih tepung kapor ( makanan org ganu ) sodaaaaaaaaap....

Sape2 nak cuba ikuti resepi ni...


BAHAN-BAHAN :.

1/2 kg tepung gandum
1 1/4 cawan gula merah-dimasak bersama 2 cawan air
1 s/k kapor makan-bancuh bersama 1/2 cawan air( ditapis,sejukkan )

2 cawan air biasa( jumlah kesemua air yg digunakan 4 1/2 cawan )
Setengah biji kelapa parut diambik putihnye sahaja dan digaul dgn sedikit garam

CARA-CARA MEMBUATNYE :.

-Panaskan periuk kukusan.
-Masukkan tepung dalam mangkuk.
-Campurkan air gula melaka bersama air biasa supaya air gula menjadi sejuk sedikit.
-Tuangkan air gula merah kedalam tepung sedikit2.
-Sambil gaul rata masukkan air kapor dan kacau rata.
-Adunan akan menjadi berketul-ketul tp tak apa teruskan menggaul.
( cara mudah utk menggaul ialah menggunakan tangan agar kita mudah memecahkan ketulan2 tepung tadi @ utk kerja mudah blender je..)
-Tuangkan adunan yg telah sebati kedalam loyang dan kukuslah sehingga masak,lebih kurang 45 minit.
-Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong nipis2 dan digaul bersama kelapa.


SELAMAT MENCUBA

Sunday, July 5, 2009

sHoPiNg LaaGiiiii....

Seperti yang dijanjikan oleh cik hubby kita pd minggu yg lepas2, cuti kali ni kami sekali lagi menyusur ke Jedah bersama kak Da and family.Kami bertolak dari Yanbu jam 5 ptg pd hari rabu setelah huby2 kita balik dari kerja.Perjalanan kali ni ambil masa 3 jam lebih,itu setelah dicampur terlepas jalan dan pusing balik dan sesat lagi dan terus sesat,huhuhu.
Akhirnye jumpa jugak JEDAH HOME tempat kami nak menapak utk 2 malam nih.
Kami pilih satu apartmet besar tuk dikongsi ngan kak Da,harganye baru sr 200.Murahkan....
Bilik 2,bilik air 2,ruang tamu,dapur,mesin basuh dan peti ais pun ada.Senang tuk yg berkeluarga dan anak ramai mcm kami nih.
Mlm tu kami rehat je kat bilik dan makan-makan ape yg dibawa dari rumah coz penat lah,esok paginye baru rancang nak keluar.

Pd pagi harinye setelah selesai breakfast,kami keluar menuju ke Balad lama Jedah.Kat situ macam2 ada yg dijual,kedai-kedai pun banyak dicelah2 lorong.
Macam duk di Rantau Panjang Kota Bharu pulak rasanye.Harga barang2 kat situ pun boleeeeylah...tak mahal mana kalau nak dibanding kat Mekah dan Madinah.Tapi bila sampai sini tak tahu pulak nak beli ape,coz banyak sangat barang2 yg nak dipilih.Lagipun aku dah beli barang2 yg nak dibawa balik nanti cuma ada lah skit2 lagi yg masih belum dibeli tuh.
Itu peringkat last shoping aaaaah...


salah satu mall kat balad ni...


penat ronda2...pekena air buah honeydew dulu
nyamaaaaaaaai rasanye.

Setelah penat ronda2 kat situ cik hubby ajak pergi makan dulu kat ASIA RESTORAN ,sampai di asia restoran fulamaaaak ramainye org,semua bilik penuh.Kami terpaksa menunggu giliran tuk dapatkan bilik makan tuh.Dalam duk nunggu tuh eeeeemmmm jumpalah ngan keluarga Noor ( hj.Zainuddin ) ,keluarga Kak Za ( hj. Pozi ),keluarga Kak Illa ( hj. Sanusi ) dan keluarga Habibah ( kj ) masing2 sedang nunggu giliran.Dah oder apa yg nak dimakan tp biliknyer belum dapat maaaa...

inilah ASIA RESTORAN di Jedah

Setelah setengah jam jugak kami tunggu akhirnye dapat jugak bilik tuh,anak2 dah lapar sangat dah...kami pun ape kurennnngnyer,macam2 keroncong dah dlm perut kami nih.Dah lah tunggu bilik lama tadi nih tunggu pulak makanan yg diorder.Nasiiiib lah...kami 3 keluarga dlm satu bilik.
Maka setelah menunggu tibalah makanan yg diorder....emmm apa lagi makaaaan.

Selesai makan aku,kak da,kak za,noor dan kak illa pergi semula ke balad tuk sambung lagi shoping,kali ni kaum bapa balik hotel rehat.Seronok skali2 jalan ramai-ramai nih apa tah lagi pergi shoping....masing2 sibuk jer cari barang2 sendiri,semua nih utk kami2 bawak balik malaysia nanti.Lepas magrib barulah selesai.Tapi masih ada lagi yg tak puas hati tu....biasalah perempuan kaan....

penat wooooooi....rehat kejap

tengok KAK DA kita tu....penat sangat ah tu sempat lagi terpejam mata....huhuhu

Nak keluar dari parking satu hal...berderet-deret kereta yg nak keluar dari tempat nih.Lebih kurang setengah jam lebih gak kami terperangkap kat sini.Tapi rasa seronok jugak coz dapat lihat suasana malam yg begitu meriah kat balad nih.Lagi ramai dari petang td orang yg menjaja kat kaki2 lima.Masa kami ronda2 td masih awal so tak nampak sangat kemeriahannye tu.
Takpelah insyaallah kalau ada rezeki datang lagi kat sini.
Sampai dihotel dlm kul 9.30 mlm.Plan kami selepas pergi balad tu nak ke ARABIAN MALL pulak tapiiiii....cik hubby yg nunggu kat hotel tuh masing2 dah naik angin daaah,jd terpaksa dibatalkan hajat kami tuh.

Keesokan pagi jumaat tuh ,tak ada ape2 program coz biasalah hari jumaat banyak kedai2 yg tak bukak,mall pun tak bukak,baqda asar baru kedai2 beroperasi.Kami tak tunggu pun...kul 3 kami check out.Ada yg pergi makan kat asia restoran dan ada yg tunggu tuk ke jarir boook store,tapi aku terus balik ke Yanbu.Kul 6.00 kami sampai rumah.alhamdulillah.

Wednesday, July 1, 2009

aKu PuN nAk BaLiK......




Eeeemmm....nampaknye kat Yanbu ni sekarang akan berkuranganlah warga Malaysia Yansab nih untuk sementara waktu,xtvt tuk kaum2 ibu pun dah takde buat semusim dua ni ,lepas raya baru lah sambung balik,apa tak nye semuanye sibuuuuk nak balik Malaysia.
Dan dah ada yg tengah syoook bercuti pun....

Tak aci...aku pun nak balik jugak,tapi bila erk ????



Taaaa Daaaaaaaa..... ni hah tiket baru dapat 2 hari lepas , dah confirm aku akan balik Malaysia pd 13hb.ogos.2009.Tak pe walaupun lambat lagi....balik tetap balik.hehehe
Berbunga-bunga rasanye hati bila hubby cakap " nah ni tiket yang ngan anak2,simpan baik2"
masa tu kan tak terkata gembiranye,ye lah plan nak balik ni dari bulan 6 lagi tp oleh sebab2 yg tertentu terpaksa diabaikan niat nak balik tu.

Semua persiapan dah bereeees... beeeb,barang2 yg nak dibawa balik dah 80 % siaaap,xcted ni nak balik nih.Sekarang masa untuk menghitung hari lah pulak...
Kepada keluarga dan sahabat handai kat sana tungguuuuu....