YaNbu Al-SiNaYyAh 2009

Thursday, August 13, 2009

HaRi NyE tElAh TiBa....

SALAM TUK SEMUA RAKAN2 KAT YANBU

SEKARANG KAMI KAT HOTEL INTERCONTINENTEL JEDDAH.
FLIHT KAMI KUL 9 MALAM NANTI,
SO SEMPAT LAH KAMI PERGI RONDA2 DULU.HEHEHE

KEPADA RAKAN2 SEMUA,JAGA DIRI DAN KELUARGA BAIK2 YE...
KALAU ADA SALAH DAN SILAP HARAP MAAFKAN,
DAN DOAKAN TUK KAMI AGAR SELAMAT SAMPAI
DAN DOAKAN TUK KAMI JUGA AGAR TERHINDAR DARI
VIRUS H1N1..YG SEMAKIN SERIUS KAT MALAYSIA KETIKA INI.
( Bimbang tahap gaban dah ni... )

P/S:-
Tuk DIDA NGAN UDA jaga diri tau...
Kalau ada apa2 hal dan masaallah
Jangan segan2 call aboh.
Dan kalau ada masa tu jenguk2 lah aboh...

BYE....BYE...SEMUA
-ASSALAMUALAIKUM-

Tuesday, August 11, 2009

Tragedi 3 hari sebelum pulang malaysia


Ni lah akibat kecuaian aku....duk asyik sangat belajar jahit manit kat rumah zura mlm isnin lalu,
tiba2 dengar suara budak menanggis....pada mulanye aku yakin tu bukan suara anak aku,tp hati ini tergerak utk pergi jengguk apa yg berlaku.Apa yg aku lihat anak aku ngan anak k.za yg kecik tu sedang menanggis kerana terhempas basikal yg dinaiki oleh anak kak da.Izzati anak kak da jatuh bersama basikal yg dinaiki dr tangga teratas hingga kebawah tempat adik ngan umairah bermain...aku terus mengangkat adik yg meraung kesakitan lalu terpandang disebelah mata belah kanan bengkak serta lebam serta merta.Lalu zura selaku tuan rumah terus sapukan ubat serta demoh( kata org ganu ) .Terima kasih banyak2 gituuu pada zura.
Izzati dan anak kak za mujurlah tak ape2...pada mlm tu setelah mr.hubby datang ambil, aku beritahu padanye...yg adik terhempas basikal dan bengkak dibahagian mata.
Start pd mlm yg aku bagitahu tu sampai lah keesokan dia tak cakap ngan aku .Nak marah lah tu...Mujur lah adik tak meragam pd malam semasa tidor...keesokanye setelah bangun pagi aku lihat semakin bengkak matanye dah jadik mcm orang kena tumbuk dimata dah...risau jugak aku nengoknye....setelah hubby balik kerje dia cuba demoh sekali lagi sambil mulut membebel kat aku,nak buat cam mana diam je laaaaaaaah...dah memang aku yg salah.


Tenggahari tadi semasa mandikan dia aku lihat semakin merah bawah kelopak mata,aku bagitahu hubby aku supaya bawak adik pergi cek doktor ,takut jugak tengok keadaan matanye tengahari tadi,lalu mr.hubby suruh kami bersiap tuk bawak adik ke klinik sameer dan irfan.
Masa kami pergi tu dlm kul 3 petang jadi tak ramai orang.Terus masuk kat emergency...siap ngan x-ray lagi.Berdebar jugak nak nunggu keputusan x-ray masa tu.Masa nak x-ray tu 2 orang yg pegang adik dan siap kena bungkus lagi kerana dia meronta2 tak nak di x-ray.Kesian adik terkedu kedu menanggis.Selepas selesai x-ray doktor yg merawat adik pd masa tu bagitahu suruh datang balik dlm kul 5.30 petang coz nak jumpa doktor pakar mata.So kami balik dulu lah...selepas asar kami pergi balik ke klinik tu tuk jumpa ngan doktor pakar mata tu,sekali lagi doktor tu suruh buat x-ray,katanye yg dah buat td tak berapa jelas.
Bimbang jugak takut kalau2 kena tahan wad,maklumlah lusa kami dah nak balik malaysia.
Setelah diperiksa oleh doktor pakar alhamdulillah ....adik tak ape2 kata doktor cuma lebam dan bengkak biasa jer.Lalu disuruh ambik ubat tahan sakit dan gel tuk disapu pd bahagian mata yg lebam dan bengkak tu.Ni lah tanda yg akan dibawak balik malaysia nanti.

Paung Goreng ( Buah Boom )

PAUNG GORENG




BAHAN2 DOH :-

2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air ( tengok keadaan doh )
1/2 sudu garam @ ikut suka citarasa
3/4 @ 1/2 cawan kelapa parut/kelapa kering

INTI:-

2 ekor ikan kembung ( direbus dan ambik isinye kemudian tumbuk )
sedikit halia
2 sudu santan serbuk + sedikit air
1/4 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
kalau suka boleh letak serai
5 biji halba
garam,gula,ajinomoto

CARA2 BUAT DOH:-

-Campur semua bahan dan air.
-Uli sehingga sebati kemudian bulatkan.
-Letak inti ditenggah doh.
-Kemudian gentel dan sedia untuk digoreng.
-Goreng dengan minyak yg banyak dan api yg perlahan.
-Kacau selalu supaya dia nampak sama warnanye.

INTI:-

-Tumiskan bawang putih,bawang merah dan halia.
-Masukkan ikan yg telah ditumbuk bersama santan,halba,garam,gula dan ajino.
-Kacau sehingga kering.







KUIH LAPIS


BAHAN2 :-

1 1/2 cawan tepung gandum
4 sudu tepung beras ( paras )
4 sudu tepung jagung ( paras )
3/4 cawan gula ( kalau suka manis cukupkan 1 cawan )
4 cawan santan
1 sudu teh garam
sedikit pewarna merah @ kesukaan masing2

CARA-CARA :-

-Campurkan kesemua bahan + santan
-Bagi memastikan bahan tidak berketul blend kesemua bahan
-Bahagikan kpd 2 bahagian
1-tampa warna
ii-warna merah

-Panaskan pengukus dan sapukan sedikit minyak pd loyang supaya senang untuk dikeluarkan apabila dipotong.
-Masukkan adunan secara berselang seli lebih kurang 2 minit setiap satu lapisan.
-Gunakan senduk @ sukatan yang sama utk setiap lapisan agar mendapat hasil yg menarik dan cantik.
-Tunggu sehingga kuih sejuk baru lah dipotong.

Saturday, August 8, 2009

2 minggu terakhir

Salam 4 allz...

Dah dekat dah dengan tarikh aku nak balik,cuma tinggal 4 hari lagi aku kat yanbu nih...dulu start tempah tiket happy semacam je dan tak sabor2 nak balik tp bila dah dekat ngan tarikhnyer rasa sideeey pun ada...huwaaaaaa.
Mana tak sedihnyer kawan2 kat sini dah macam satu family bagi aku,sedih tu...terutama skali nak pisah ngan mr hubby aku ni,2 bulan laah mr.hubby aku membujang.Persiapan semua dah beres,cuma tunggu hari dan masanye je.Skarang ni duk sibuk kemas rumah maklumlah nak tinggal 2 bulan nih...bukan sekejap tu.Stop pasal nak balik ni....sideeey laaaa...

semua dah siap packing

Ni nak kongsi skit cerita pasal gi mekah dan jeddah dlm minggu2 terakhir ni...
2 minggu lepas aku ke jeddah lagi,dah janji ngan imah,kak za dan dida nak pergi haraaj.Kalau nak di ikutkan ramai lagi yg nak join ke haraaj ni tp leh kerana hubby2 dia orang kena keje terpaksalah dibekukan niat tu.Aku ngan kak za pergi hari khamis pagi sedangkan imah pergi awal skit petang hari rabu tu.Pagi tu aku pergi ambik dida kat umah nye coz hubbynye tak ikut..keje.Lebih kurang jam 7.30 pagi kami keluar dari RC.Dalam kul 10 lebih kami tiba di JEDDAH HOME,mujur lah ada bilik.Terima kasih pd HJ.GHAZ mr.hubby imah kerana tolong booking kan bilik tuk kami.Besar bilik tu ...selesa sangat.

Selepas check in dan rehat jap kat bilik, kami pun menyusur keluar pergi ke old town.Datang sini nak beli abaya tuk adik aku...dan pesanan dr za( w.azmi ).Sempat mr.hubby belikan handbag kulit tuk aku..tq abang.

ini ler rupanye

Selesai round2 kat sini kami terus ke Asia Restoran.Kami duk satu bilik ngan family kak za.Order ape2 yg patut.Tak sabar dah nak makan lapar looo...selesai makan kat sini kami semua balik ke hotel dulu,rehat2 jap coz bagda asar kami nak ke haraaj pulak.Kak za and family tumpang kat bilik kami coz dia tak sewa bilik sbb lepas pergi haraaj dia nak ke mekah.Jadi tak salah kami pelawa dia ke bilik lagipun bilik yg aku sewa tu besar,sesuai sangat tuk 2 family duk kat bilik ni.Sementara mr.hubby tido kami rehat dulu dan borak2.Dlm kul 6 ptg kami semua keluar ke haraaj.Seronok sampai sini tp kak za,imah dan dida dah tak tahu nak beli aper....pening banyak sangat barang tak tahu nak pilih katanye.Aku dah tulis apa yg nak dibeli so senang lah...takyah fikir2 peningkan kepala.Semasa ronda2 tu kami terpisah cuma dida yg bersama ngan aku.Yg lain hal sendiri laaaa...penat jugak ronda malam tuh tambah pulak ngan perangai hero2 ni...kalau si kecik tuh pantang lalu depan gerai2 mainan start laaah dia....semuanye dia nak.Kami keluar dari haraaj lebih kurang jam 10.30 mlm,tp kami tak terus balik bilik.Kami pergi makan dulu kat Restoran Jawa Timur.masa kat haraaj tu imah balik dulu dia tefon bagitahu dia makan kat restoran ni,boleh tahan gak makanan kat sini.Restoran ni tak jauh dari jeddah home.Malam tu kami order satay,nasi goreng dan gado2.Boleeey lah jugak masyuuuk kat tekak aku ni..




Dah kenyang daaah....balik bilik,malam tuh sembang2 ngan dida sampai kul 3 pagi sambil belek2 barang yg kami beli siang tadi.Kul 5.30 bangun tuk solat subuh kemudian sambung tido.Bangun tak bangun kul hampir jam 11 pagi.Bila dah bangun sarapan dah tersedia kat atas meja siap ngan air teh skali....semua mr.hubby dah buat.Rajin tul dia hari ni....setengah jam kemudian imah ngan anak2 datang lepak2 kat bilik aku sambil makan2.Selepas mr.hubby balik dr solat jumaat kita orang bersiap tuk check out.Selepas check out kami pergi lunch kat asia restoran kemudian menyusur pula ke Arabian Mall.Puas kami ronda2 dlm tu,lebih kurang jam 6 ptg kami menyusur keluar dari jeddah dan balik ke yanbu.Selamat tiba rumah dida jam 9 malam lebih kurang.,lepak jap kat umah dida kami terus balik rumah.Habis citer kat jeddah.

3 hari lepas aku sekeluarga pergi ke mekah,kira2 ni adalah minggu terakhir lah ni aku dan anak2 jalan2 kat arab ni...dan minggu terakhir jugak lah aku jejak kaki kat mekah ni...hari rabu pagi kami dah bertolak dari rumah,coz hari khamis petang tu kami dah nak balik sebab mr.hubby ada kelas menyelam pd pagi jumaat.Kali ni kami ke mekah just tuk jalan2 je...coz time cuti solat lah ni,...rugi...rugi.Macam biasa duk di al-firdaous hotel.Kami sampai mekah kul 11 lebih gitu,rehat kat bilik sampai lah bagda asar baru kami keluar,maklumlah nak kuor tnggahari tu panas sangat2 bercampur pulak ngan debu.Selepas asar kami keluar...tempat pertama kami pergi D SAJI restoran.


Lapar dah rasanyer...kat sini aku order nasi putih lauk ikan asam pedas ngan ikan masin,hubby dan anak2 pulak order mie sup,dah lama anak2 aku ni tak jumpa makanan kesukaannye..bila dah jumpa tu dia betul2 menghayatinye....pekena pulak ngan minuman kegemaran aku,peeerh...nyamai sungguh rasanyer bila dah pekena teh ais ni...sejuk badan.

sirap ngan teh ais yg dah lama kami tak merasa

mee sup kegemaran mr.hubby dan anak2

aku kalau tak jumpa nasi dlm satu hari memang tk boleh

puaaaaas.....bila dah dapat makan makanan kesukaan

Perut dah kenyang nih...cepat lah bayar mr.hubby ooooiii.Masa nak bayar tu smpat jugak aku cakap2 ngan salah sorang tukang masak kat situ,bukan ape aku terdengar dia cakap ganu so aku pun tegurlah...maka panjanglah citernyer.Cakap punyer cakap rupanyer dia orang dungun jugak patutlah semasa kami ambik order aku perasan sangat wajahnye macam aku pernah tengok sebelumnye kat malaysia.Mana tak pernah tengoknyer dia ni anak saudara tauke nasi ayam restoran kartini yg terletak betul2 tengah bandar dungun.Dan sepupunye pula adalah kawan classmate aku.Kemudian kami pun teruskan kerja2 meronda.Malam baru balik bilik.

Keesokan pula kami ronda2 lagi ,kali ni nak beli barang yg kak da ngan kak za kirim.Lepas jumpa semua skali lagi kami makan kat D SAJI ,kali ni kami makan nasi lemak pulak.Tu je lah citer aku kat mekah ni kali ni...ronda2 dan makan.Bagda asar kami terus balik hotel dan check out.Keluar dari kota mekah dan terus balik yanbu,singgah rumah kak daa tuk hantar barang yg dikirim.Sempat jugak dinner kat rumah kak daa.Terima Kasih laaah tuan rumah kerana sudi menjamu kami yg tenggah lapar nih....