Foto 2
Saturday, June 26, 2010
HAPPY BIRTHDAY MY HERO-NAJWA
Posted by MAR at 9:04 AM 1 comments
Friday, June 11, 2010
Apa nak jadi....
SALAM ALAIK...kpd rakan2 .
Mula 2 tuan tanah nak mintak maaf kerana dah macam chipsmore,kejap ada kejap takder.
Dah bersawang dah rumah ni...rumput2 pun ya allah dah jadi lalang.
Apa lah nak jadi.....
Bukan sengaja tp mungkin disebabkan masa dan keadaan yg tidak mengizinkan aku utk berblog kat sini...sibuuuuk ?????? tak lah jugak,malassss???? ada skit2, lagipun aku rasa tak banyak cerita2 yg menarik lagi utk dikongsi bersama.Bila dah takder story jadi idea pun kekeringan.
Insyaallah jika ada cerita dan kesempatan akan aku ceritakan kat sini...
Tapi untuk kali ini marilah kita melayan resepi2 yg telah aku jelajah didunia internet dan cuba buat sepanjang duduk di tanah arab ni...kepada tuan punyer resepi harap maaf sekiranya ada resepi2 diantaranyer telah didurhakai ( ayat mamabungas ) aku harap2 dgn resepi2 ni akan dapat membantu rakan2 untuk bertukar-tukar menu dr hari ke hari..sekiranyer ada kesilapan dr resepi2 kat sini ,tuan tanah mohon ampun dan maaf dr rakan2 semua.
Salam Sayang Untuk semua Rakan2 Blogger.
Posted by MAR at 9:37 AM 1 comments
Tuesday, April 27, 2010
I"M BACK
Posted by MAR at 2:34 PM 0 comments
Thursday, January 21, 2010
Pulut Kuning with Rendang Ayam
1/2 kg beras pulut
3 keping asam gelugur
2 s/b serbuk kunyit
air secukupnya
3 cawan santan pekat
garam dan gula secukup rasa
CARA2:-
asam gelugur dan serbuk kunyit.
2 ) -Toskan beras,panaskan kukusan
3 ) -Kukus sehingga keluar wap
4) -Angkat dan keluarkan pulut letak dalam bekas besar
5 ) -Tuangkan santan yg telah dicampur dgn. garam dan gula,kacau rata.
6 ) -Kukus semula sehinggalah keluar wap.
7 ) -Angkat sejukkan.
RENDANG AYAM
1 ekor ayam-dipotong 20
Bahan mesin:-( A )
3 biji bawang besar india
4 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
10 biji lada jarum
5 batang serai
Bahan ( B )
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan cili kering-( dimesin )
2 keping asam gelugur
1 cawan santan pekat
4 s/b kerisik
Gula,serbuk perasa dan garam secukup rasa
2 helai daun kunyit-dihiris halus
CARA2:-
- Panaskan minyak kemudian tumis cili kering ,
masukkan pula bahan mesin dan tumis sehingga naik bau.
- Masukkan ayam dan asam keping,gaul rata.
-Agak setengah masak ayam tadi masukkan santan,gula dan serbuk perasa.
-Gaul rata,sehingga nampak agak kering masukkan masukkan kerisik bersama
daun kunyit.
-Gaul sebati ,biarkan selama 10 minit baru diangkat.
Posted by MAR at 9:11 AM 0 comments
Monday, January 18, 2010
LAWATAN KE MEKAH
Assalamualaikum....
Skarang nii...aku tengah tak ada ideal nak update blog,ntah kemana hilangnye ideal2 tu...kosong kepala otak aku ni,dah berapa kali cuba ngadap laptop tp beku sebekunyer.Apa2 pun aku nak jugak masuk kan gambar2 niiih.
Gambar2 ketika rombongan ke Mekah,melawati tempat2 sejarah Rasulullah s.a.w
Destinasi pertama kami ke JABAR TSUR iaitu dimana ketika dahulu Rasulullah S.A.W telah lari dari dikejar oleh orang2 musyrikin dan bersembunyi didlm gua di atas jabar TSUR ini.Selama 3 hari Rasulullah berada dlm gua tsur ini.
Dibelakang tu adalah JABAR NUR iaitu gua hira dimana Rasulullah S.A.W berkhalwah ( menyendiri ) dan beribadah sebelum diangkat menjadi nabi.Di gua hira inilah tempat dimana Malaikat Jibril a.s datang kepada Nabi S.A.W dengan membawa wahyu pertama.
Selesai di JABAR nur kami pergi pula ke ARAFAH tapi hanya singgah di JABAR RAHMAH je...
Tempat dimana ADAM dan HAWA dipertemukan semula buat pertama kalinya dan juga dimana tempat ini diajar oleh Malaikat Jibril kepada nabi Ibrahim menasik haji dan juga tempat manusia mengakui segala kesalahan dan dosa2nya.Dikaki bukit ini juga Nabi S.A.W pernah wukuf pada hari ARAFAH.
Setibanye kami ke Jabar Rahmah kami diserbu oleh pak2 arab bersama unta2 berhiasnye.
Dah tak tahan ngan bau unta2 ni....kami bergerak pergi ke Mina,tapi kami hanya lalu je coz tak boleh masuk ditempat khemah di mina.Tanpa membuang masa kami teruskan perjalanan kami singgah sebentar di masjid HUDAIBIYYAH.
masjid ni juga ada al-kisahnya tapi masa semua orang turun kat masjid ni aku hanya duduk dlm bas....jadi aku tak tahu lah kisahnye...sory.
Selepas lawat kat sini kami pergi pula ke ladang unta....sekali lagi kami terpaksa menahan nafas kerana tak tahan ngan bau unta niiih...
ada jugak yg sempat membeli susu unta ( fresh tauuuu..... ) termasuk hubby aku.
Dia sorang jerk yang minum.....aku ???? takpe tak bagi pun takpe aku tak kecik hati pun.
tengok tuan unta tu perah susu pun aku dah tak tahan....apalagi nak minum dgn terbayangkan wajah2 unta tu...
Posted by MAR at 9:18 AM 2 comments
Monday, January 4, 2010
KOCI MODEN
Salam 4 allzzzzzz...
N3 aku yg pertama dlm tahun baru ni aku nak kongsi citer pasal kuih koci.
Dari minggu lepas lagi anak tekak aku ni teringin sangat nak makan kuih koci.
Mana nak dapat kat arab niiih.Bila teringat je kuih ni mesti tertelan air liurnye.
Kalau kat malaysia takde lah suka sangat kuih ni,jarang sangat aku beli.Tapi kat sini mak oiii...dia punya gambaran pun kasi leleh oooo....
Dua hari lepas dah tak tahan sangat rasanyer nak makan kuih ni...nyaris2 jam 3 pagi aku nak buat kuih koci ni,tp nasib baik lah tahap kesabaran ni masih lagi ditahap yg tinggi...sabor lagi,hinggalah bangun pagi tu...dgn tak menangguhkan lagi aku terus capai kacang hijau dan ku rebus buat inti untuk kuih koci ni.
Teringat pulak kuih koci ni bungkus ngan daun pisang...alamak...nak carik mana laah daun pisang niii,kata2 kak daa masih tergiang-ngian di corong telinga aku ni... " bungkus ngan plastik pun boleh katanye.."
Eeeemm...apalagi maka kerja2 membuat kuih koci ni pun berjalan ngan lancarnye..
Tapi bila siap kuih ni kelakar pulak rasanye,apa tidaknye kuih koci bungkus ngan plasti...tak pernah aku nengoknyer.Tapi is ok rasanye tetap gak macam kuih koci...jadik lah tuuu asal dapat rasa kuihnye pun alhamdulillah.
Resepi kuih ni aku ambik dari blog mat gebu...sedaaap.Tapi kau orang janganlah gelak pulak bila dah tengok kuih koci aku ni....malu maaa..first time buat niih.
Insyaallah akan diusahakan lagi sehingga berjaya...huhuhu
Bayangkan lah..satu adunan kuih koci tu aku dapat dlm 40 biji lebih...simpan 10 biji tuk cik hubby bekal tuk kerja ,yang lain aku bedaaal sorang jerk.Anak2 aku langsung tak makan,dia orang tanyer kuih ape ni mama...dia orang tengok hitam semacam jerk...tak sedaap dia cakap...takpe lah tak sedaap mama makan sorang je...
Posted by MAR at 8:45 PM 1 comments