YaNbu Al-SiNaYyAh 2009

Saturday, June 26, 2010

HAPPY BIRTHDAY MY HERO-NAJWA

ASSALAMUALAIKUM....

Macam mana yer nak mulakan N3 kali ni,rasanyer dah beku dah kepala otak ni setelah sekian lama tak bercerita kat sini....Semalan 26hb.Jun.2010 genaplah usia anak ku NAJWA @ MIFZAL 6 tahun....rasanyer sekejap jer masa berjalan....dah besar daaah my hero ni...

Untuknyer mama taklah wish birthdaynyer tp ... 2 hari sebelum tarikhnyer mama dah fikir nak buatkan kek untuknyer...biasanyer beli jer kat mana2 kedai kek kat sini. tp kali ni lain skitlah,coz mamanyer dah cuba2 berjinak ngan deco kek...hehehe maka lebih rasa nak buat sendiri pulak...

So semalam sebelum hero2 bangun dr tido mamanyer dah start menjalankan operasi mendecokan kek utk my hero...tercabar jugak rasanyer,makan masa separuh hari gak.Sib baik laaaah..." MOIST COKLAT KEK " nyer dah buat malam sebelum nye...oleh kerana mama nyer baru jer belajar dlm deco kek ni maka mama mintak tunjuk ajar dari seorang rakan kat sini....dia ni dikatakan cikgu lah jugak kepada kami2 yg tak pandai ni....Thanks banyak pada SARIENA,kerana sudi berkongsi ilmu dgn kita semua....duk jauh2 tempat org ni mcm ni lah....takleh nak kedekut2 ilmu....lagipun tak salahkan kita sama2 kongsi ilmu apa yg kita ada....barulah dapat kita rasa keakrabannyer...tak gitu??????????

ok lah setelah separuh hari mamanyer duduk bertungkus lumur buat kek utk hero nyer maka siaplah KEK nyer....bangaaaaaaaaaaa...... sangat kerana dah boleh buat sendiri kek birthday tu...Si empunyer kek pun dah tak sabor nak tengok....jomlah layaaaan sama2 gambar2nyer yer.

Foto 1

Foto 2

Foto 3
Foto 4
Daaah siaaaap pun...


Friday, June 11, 2010

Apa nak jadi....

SALAM ALAIK...kpd rakan2 .

Mula 2 tuan tanah nak mintak maaf kerana dah macam chipsmore,kejap ada kejap takder.
Dah bersawang dah rumah ni...rumput2 pun ya allah dah jadi lalang.
Apa lah nak jadi.....
Bukan sengaja tp mungkin disebabkan masa dan keadaan yg tidak mengizinkan aku utk berblog kat sini...sibuuuuk ?????? tak lah jugak,malassss???? ada skit2, lagipun aku rasa tak banyak cerita2 yg menarik lagi utk dikongsi bersama.Bila dah takder story jadi idea pun kekeringan.
Insyaallah jika ada cerita dan kesempatan akan aku ceritakan kat sini...
Tapi untuk kali ini marilah kita melayan resepi2 yg telah aku jelajah didunia internet dan cuba buat sepanjang duduk di tanah arab ni...kepada tuan punyer resepi harap maaf sekiranya ada resepi2 diantaranyer telah didurhakai ( ayat mamabungas ) aku harap2 dgn resepi2 ni akan dapat membantu rakan2 untuk bertukar-tukar menu dr hari ke hari..sekiranyer ada kesilapan dr resepi2 kat sini ,tuan tanah mohon ampun dan maaf dr rakan2 semua.

Salam Sayang Untuk semua Rakan2 Blogger.

Tuesday, April 27, 2010

I"M BACK


ASSALAMUALAIKUM....
KINI AKU DAH KEMBALI....tp belum ada cerita lagi ye...
nanti lah kalau dah senang2 dan line internet dah ada insyaallah ada lah cerita nyer tuuu...
banyak memang banyak cerita dan resepi2 terbaru pun adaaaaaaa.
TUNGGUUUUU........

Thursday, January 21, 2010

Pulut Kuning with Rendang Ayam



PULUT KUNING

1/2 kg beras pulut
3 keping asam gelugur
2 s/b serbuk kunyit
air secukupnya

3 cawan santan pekat
garam dan gula secukup rasa

CARA2:-

1 ) -Beras pulut dicuci hingga bersih
kemudian rendam semalaman bersama
asam gelugur dan serbuk kunyit.
2 ) -Toskan beras,panaskan kukusan
3 ) -Kukus sehingga keluar wap
4) -Angkat dan keluarkan pulut letak dalam bekas besar
5 ) -Tuangkan santan yg telah dicampur dgn. garam dan gula,kacau rata.
6 ) -Kukus semula sehinggalah keluar wap.
7 ) -Angkat sejukkan.


RENDANG AYAM

1 ekor ayam-dipotong 20

Bahan mesin:-( A )

3 biji bawang besar india
4 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
10 biji lada jarum
5 batang serai

Bahan ( B )

1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan cili kering-( dimesin )
2 keping asam gelugur
1 cawan santan pekat
4 s/b kerisik
Gula,serbuk perasa dan garam secukup rasa
2 helai daun kunyit-dihiris halus

CARA2:-

- Panaskan minyak kemudian tumis cili kering ,
masukkan pula bahan mesin dan tumis sehingga naik bau.
- Masukkan ayam dan asam keping,gaul rata.
-Agak setengah masak ayam tadi masukkan santan,gula dan serbuk perasa.
-Gaul rata,sehingga nampak agak kering masukkan masukkan kerisik bersama
daun kunyit.
-Gaul sebati ,biarkan selama 10 minit baru diangkat.

Monday, January 18, 2010

LAWATAN KE MEKAH

Assalamualaikum....

Skarang nii...aku tengah tak ada ideal nak update blog,ntah kemana hilangnye ideal2 tu...kosong kepala otak aku ni,dah berapa kali cuba ngadap laptop tp beku sebekunyer.Apa2 pun aku nak jugak masuk kan gambar2 niiih.
Gambar2 ketika rombongan ke Mekah,melawati tempat2 sejarah Rasulullah s.a.w

Destinasi pertama kami ke JABAR TSUR iaitu dimana ketika dahulu Rasulullah S.A.W telah lari dari dikejar oleh orang2 musyrikin dan bersembunyi didlm gua di atas jabar TSUR ini.Selama 3 hari Rasulullah berada dlm gua tsur ini.

ustaz kairul memberi penerangan tentang JABAR TSUR
Kemudian kami menyusur ke JABAR NUR iaitu GUA HIRA...

Dibelakang tu adalah JABAR NUR iaitu gua hira dimana Rasulullah S.A.W berkhalwah ( menyendiri ) dan beribadah sebelum diangkat menjadi nabi.Di gua hira inilah tempat dimana Malaikat Jibril a.s datang kepada Nabi S.A.W dengan membawa wahyu pertama.

Selesai di JABAR nur kami pergi pula ke ARAFAH tapi hanya singgah di JABAR RAHMAH je...
Tempat dimana ADAM dan HAWA dipertemukan semula buat pertama kalinya dan juga dimana tempat ini diajar oleh Malaikat Jibril kepada nabi Ibrahim menasik haji dan juga tempat manusia mengakui segala kesalahan dan dosa2nya.Dikaki bukit ini juga Nabi S.A.W pernah wukuf pada hari ARAFAH.
Setibanye kami ke Jabar Rahmah kami diserbu oleh pak2 arab bersama unta2 berhiasnye.


kusyuk mendengar penerangan dari ustaz wadi tentang Jabar Rahmah

Dah tak tahan ngan bau unta2 ni....kami bergerak pergi ke Mina,tapi kami hanya lalu je coz tak boleh masuk ditempat khemah di mina.Tanpa membuang masa kami teruskan perjalanan kami singgah sebentar di masjid HUDAIBIYYAH.

masjid ni juga ada al-kisahnya tapi masa semua orang turun kat masjid ni aku hanya duduk dlm bas....jadi aku tak tahu lah kisahnye...sory.

tapak lama Masjid Hudaibiyyah

Selepas lawat kat sini kami pergi pula ke ladang unta....sekali lagi kami terpaksa menahan nafas kerana tak tahan ngan bau unta niiih...

ada jugak yg sempat membeli susu unta ( fresh tauuuu..... ) termasuk hubby aku.
Dia sorang jerk yang minum.....aku ???? takpe tak bagi pun takpe aku tak kecik hati pun.
tengok tuan unta tu perah susu pun aku dah tak tahan....apalagi nak minum dgn terbayangkan wajah2 unta tu...

perah susu unta....

Akhir sekali destinasi kami ialah mencari Restoran untuk isi perut yg dah tak tahan lapar niih.Sementara menunggu hidangan kami berjemaah ramai2 kat restoran ni.Perut pun dah kenyang kami semua bergerak balik ke Hotel kerana pada malam nanti selepas magrib diadakan pula ceramah dimasjid.Tapi aku tak joint sbb terus ke jeddah tuk bermalam disana.

Monday, January 4, 2010

KOCI MODEN

Salam 4 allzzzzzz...

N3 aku yg pertama dlm tahun baru ni aku nak kongsi citer pasal kuih koci.
Dari minggu lepas lagi anak tekak aku ni teringin sangat nak makan kuih koci.
Mana nak dapat kat arab niiih.Bila teringat je kuih ni mesti tertelan air liurnye.
Kalau kat malaysia takde lah suka sangat kuih ni,jarang sangat aku beli.Tapi kat sini mak oiii...dia punya gambaran pun kasi leleh oooo....

Dua hari lepas dah tak tahan sangat rasanyer nak makan kuih ni...nyaris2 jam 3 pagi aku nak buat kuih koci ni,tp nasib baik lah tahap kesabaran ni masih lagi ditahap yg tinggi...sabor lagi,hinggalah bangun pagi tu...dgn tak menangguhkan lagi aku terus capai kacang hijau dan ku rebus buat inti untuk kuih koci ni.
Teringat pulak kuih koci ni bungkus ngan daun pisang...alamak...nak carik mana laah daun pisang niii,kata2 kak daa masih tergiang-ngian di corong telinga aku ni... " bungkus ngan plastik pun boleh katanye.."



Eeeemm...apalagi maka kerja2 membuat kuih koci ni pun berjalan ngan lancarnye..
Tapi bila siap kuih ni kelakar pulak rasanye,apa tidaknye kuih koci bungkus ngan plasti...tak pernah aku nengoknyer.Tapi is ok rasanye tetap gak macam kuih koci...jadik lah tuuu asal dapat rasa kuihnye pun alhamdulillah.
Resepi kuih ni aku ambik dari blog mat gebu...sedaaap.Tapi kau orang janganlah gelak pulak bila dah tengok kuih koci aku ni....malu maaa..first time buat niih.
Insyaallah akan diusahakan lagi sehingga berjaya...huhuhu



Bayangkan lah..satu adunan kuih koci tu aku dapat dlm 40 biji lebih...simpan 10 biji tuk cik hubby bekal tuk kerja ,yang lain aku bedaaal sorang jerk.Anak2 aku langsung tak makan,dia orang tanyer kuih ape ni mama...dia orang tengok hitam semacam jerk...tak sedaap dia cakap...takpe lah tak sedaap mama makan sorang je...

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TINGGAL 2009

ASSALAMUALAIKUM.....!!!!!!


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU


2009 AKAN BERLALU DENGAN MEMBAWA SERIBU KENANGAN
MEMORI YANG LALU AKAN
TERPAHAT TEGUH DIHATI SANUBARI KITA
SAMA2 LAH BERDOA AGAR 2010 AKAN MENJADI LEBIH BAIK DARI 2009


BIARLAH 2010 INI MEMBUKA TIRAI BARU
DGN AZAM YANG BARU
SEMOGA HIDUP KITA LEBIH BERERTI DARI SEBELUMNYA DAN SENTIASA DIPERTAMBAHKAN AMAL IBADAH KITA UNTUK MENUJU KEPADA-NYA....

....... AMIIINNNN.........


Izinkan aku menceritakan sedikit mengenai xtvt terakhir kami di tahun 2009.
Semalam kami telah mengadakan majlis makan2 bersama rakan2 HAJI baru-baru ni.
Majlis diadakan dirumah KAK DA ( HJ.ROMLY ).


diantara makanan yg dibawa oleh kaum ibu

HJ.ROMLY ( selaku tuan rumah ) setia membakar ayam,udang dan sebagainya

suasana malam tu.....meriah
sibuk membakar
"ce unjuk gok kuih tu.....nok rasa skiiit",kata kak daa. betul ke..???
apa yg dibualkannya bersama imah sampai kay tergelak besar....

akhiri majlis dgn sesi bergambar....sebahagian kaum ibu,ramai yg dah balik