Hahaha....bila aku rujuk balik tajuk kat atas ada betul nye, memang dlm masa seminggu ni aku rajin benor rasanye...rajin update blog,rajin jalan2,rajin masak dan yg paling aku rajin ialah rajin makaaaaaaaaan...ha tu lah aku kat yanbu nih,takde kerja lain asyik makan...makan...makan
sampai berat badan pun dah menambung naik.
Bayangkan sebelum aku datang sini berat badan ku
58 kg,selama 10 bulan aku kat sini berat badan dah naik8 kg.....dasyat tuuu...tak boleh...tak boleh.
Nanti balik malaysia aku kena joint balik lah kelas aerobik walaupun dlm bulan puasa,tp nasib jugaklah kelas aerobik tu waktu pg dlm bulan puasa tak lah letih sangat...
aiiiik dah lari topik lak...sory.
N3 kali ni aku cuma nak kongsi resepi kuih2 yg aku buat sepanjang minggu ni...itu je,tp dah sebut pasal makan tu.. melarat lah pulak ceritanye...
Ok lah,pendek kata jom kita sama2 layan resepi2 niii...

kuih apam balik buat semasa pergi berkelah di pantai yanbu pekena pula ngan teh o panas...sedaaaaaaap.
BAHAN-BAHANNYE ;-
2 cawan tepung gandum 1/2 cawan gula 1 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh mauripan sedikit pewarna kuning 1 biji telur 1 1/2 cawan air ( aku guna 2 cawan ) sedikit mentega
BAHAN TABUR:-
Kacang tanah yg telah digoreng dan dikisar Jagung manis dlm tin Gula secukupnye
CARA-CARA BUAT:-
- Mesin gula bersama telur hingga kembang. - Masukkan soda bikarbonat,air,pewarna mesin lagi hingga sebati. - Masukkan tepung dan mesin lagi hingga betul2 adunan sebati. - Perap sekejap - Panaskan kuali pan,oleskan planta dipermukaan kuali dan tuangkan adunan tadi,kemudian oleskan nipis. - Biarkan seketika dan semertara menunggu masak taburkan bahab tabur. - Apabila dah cukup masak angkat dan lipat dua sebelum dipotong.

250 gm mentega
5 oz gula halus
5 biji telur
1 oz badam kisar
5 oz tepung naik sendiri
2 sudu makan susu pekat
1 1/2 sudu teh esen rose
sedikit pewarna merah dan hijau
CARA-CARA :-
-Pukul buter dan gula halus hingga gebu.
-Masukkan telur satu-satu kemudian masukkan esen rose dan susu pekat.
-Pukul hingga sebati.
-Masukkan badam kisar dan tepung,gaul rata.
-Bahagi adunan kepada 3 bahagian,merah,hijau dan warna asal.
-Masukkan adunan berselang seli sehingga habis.
-Bakar selama 30 minit dengan suhu 160 c.
BAHAN-BAHANNYE:-
UNTUK INTI:..
Bahan2
1 kg ikan selayang / ikan uji rashid / ikan kembung
1 sudu kecil garam & 4 keping asam keping (untuk merebus ikan)
½ biji kelapa (ambil santan pekat anggaran 2 cawan)
6 ulas bawang merah ~ dimayang halus
1 inci halia ~ dihiris memanjang halus
1 sudu kecil halba
garam & gula secukup rasa
serbuk perasa jika suka
Cara Menyediakan Inti
1. Rebus ikan dengan garam, asam keping & sedikit air.
2. Sejukkan ikan & asingkan isinya sahaja.
3. Tumbuk isi ikan hingga lumat
4. Dalam kuali.. masukkan santan, bahan2 hiris, halba, isi ikan, garam & gula secukup rasa.
5. Masak bahan2 tersebut hingga menjadi betul2 kering & berderai.
6. Angkat & ketepikan sedia utk digunakan.
BAHAN-BAHAN UTK PULUT:-
1 kg pulut ~ direndam semalaman atau sekurang2nya 3 jam
1 biji kelapa ~ ambil santan pekat anggaran 3 cawan (kalau rasa kering sgt.. boleh tambah lagi)
garam secukup rasa
Daun pisang utk membungkus ~ potong anggaran selebar 7 inci setiap sekeping dan lap permukaannya.
Lidi yang dipotong runcing sepanjang 1 ½ inci (untuk cucuk daun pisang) atau boleh juga gunakan stapler saja.. (org dulu2 guna lidi)
kapur makan (untuk di lengserkan pd jari jemari utk mengelakkan pulut melekat2 pd jari)
Cara Menyediakan
1. Toskan pulut yang direndam tadi & masukkan ke dalam pengukus (elok guna pengukus lubang halus agar pulut tak jatuh jika pengukus berlubang besar.. alaskan dengan daun pisang). Kukus selama 30 - 40 minit.
2. Angkat pulut dan masukkan ke dalam besen dan arong dengan santan yg dicampurkan dengan garam. Kacau hingga rata dan kukus sekali lagi selama 30 minit atau hingga pulut masak.
3. Sediakan daun pisang (letak atas meja atau papan pencanai atau atas kekuda kalau buat kat lantai).
4. Sapukan jari dengan kapur makan agar pulut tak melekat pada jari. Sudukan anggaran 2 ~ 3 sudu besar pulut atas daun pisang dan ratakan. (rujuk pada gambar).
5. Sudukan inti anggaran 3 sudu kecil lalu balutkan inti tadi dengan pulut dengan beralaskan daun pisang. Pastikan inti tertutup dengan pulut dan berada ditengah2 pulut supaya inti tak berterabur waktu nak makan
6. Potong lebihan daun pisang kiri & kanan balutan pulut tadi anggaran 1 inci.
7. Dengan menggunakan jari.. tekan/cucuk2 pulut ke dalam balutan daun pisang tadi agar ia kemas & mampat.
8. Cucuk dengan lidi atau stapler untuk mengemaskan balutan.
9. Bila dah siap.. bolehlah dibakar menggunakan dapur gas ataupun arang.
biskut tat nenas tempahan dari imah
BAHAN-BAHANNYE:-
250 gm butter
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
Esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
untuk pengilat:
2 biji kuning telur
2 sudu kecil air
pewarna kuning
CARA-CARA BUAT :-
-Gaul butter dan gula sampai rata.
-Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
-Masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
-Uli adunan sehingga sebati kemudian terap dgn acuan tat.
-Kemudian bakar selama 15 @ 20 minit dengan suhu 150 c.

kek lapis prune buat untuk birthday baba
BAHAN-BAHANNYE:-
250 gm butter
1 1/4 cawan gula castor
7 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu segar
Sedikit pewarna hijau
Prune atas asam
CARA-CARA BUATNYE:-
-Pukul butter dan gula sampai kembang.
-Masukkan telur sebiji-sebiji,putar lagi.
-Masukkan esen vanilla,susu segar dan susu pekat.
-Masukkan tepung gandum dan kacau rata.
- Bahagi adunan kpd 2 bahagian,satu warna hijau dan satu warna asal.
-Bakar lapisan pertama dengan warna asal,kemudian warna hijau.
-Pada lapisan hijau taburkan buah prune atau asam,kemudian bakar.
-Setiap lapisan bakar selama 10 minit.

0 comments:
Post a Comment