YaNbu Al-SiNaYyAh 2009

Thursday, November 19, 2009

LAGI-LAGI RESEPI

Assalamualaikum....

Ok post kali ni aku nak cerita kisah semalam ( selasa & rabu ) .
Kadang2 aku rasa buntu jugak kepala otak aku ni ,kalau nak fikir menu apa yg nak aku masak
setiap hari....boleh jadi pecah kepala aku ni.Bukan tak boleh masak tp memandangkan bahan2 tak begitu banyak kat sini..itu yg menjadi halangannyeeeer.Kalau kat malaysia semuanyer ada kan...
Nak masak masakan arab ni....langsung aku tak ghoti,belum jumpa cikgu yg nak mengajarnye.Apapun makanan malaysia tetap menjadi pujaan hatiku...kat bawah ni aku nak kongsi beberapa resepi yg telah aku buat dan terus aku buat.

atas sebelum bakar bawah siap dibakar

Resepi roti ni aku ambik setelah aku jelajah dlm internet ni,sedap dan sangat gebu.
Tengok sajelah hasil yg telah aku buat...memang gebu.Kali pertama aku membuat roti,tak pernah belajar dan tak pernah terlintas dihati aku nak buat roti nih.Kalau kat malaysia dulu aku suka sangat beli roti niii...apatah lagi kalau pergi ke pasaraya CAREFOUR kat pasir gudang hari tu ( masa2 aku duduk kat sana dulu).Tapi bagi anak tekak aku lah memang hanya kat pasaraya ni je yg sedap roti potato ni,apatah lagi makan waktu panas2.Belum sempat bayar dah habis aku ngan larling aku makan..ni citer lama daaa..ikuti resepinyer.

ROTI POTATO ( kentang )

BAHAN-BAHAN

2 @ 3 BIJI UBI KENTANG- 70 gm ( direbus dan dilenyek baru ditimbang)
300 GM TEPUNG ROTI ( aku guna tpg gandum je..)
3/4 SUDU BESAR SUSU TEPUNG
50 GM GULA CASTOR @ GULA BIASA
2 SUDU TEH YIS
1/2 SUDU TEH GARAM
30 GM MENTEGA @ MARJERIN
1 BIJI TELUR ( bahagi 2 )
135 ML AIR SEJUK (dr peti ais )

CARA-CARA BUAT :
**Masuk semua bahan kering,kacau sebertar.
**Masuk telur 1/2 biji bersama kentang.
**Masuk air sejuk,mentega kemudian putar.
**Sampai doh menjadi licin kemudian bulatkan.
**Perap doh,tutup dgn plastik sehingga naik 2 x ganda.
**Setelah doh naik tumbuk doh utk keluarkan udara didalamnye.
**Bulat2 kan menjadi bebola yg sama saiz 3o gm ( aku agak2 je )
**Susun dlm loyan yg telah digris.
**Biar selama 45 minit lagi.
**Sapukan permukaan roti dgn telur dan paipkan cream kastard ditengah-tengah permukaan roti.
**Bakar pada suhu 180 c selama 20 minit.
**Sekiranya permukaan roti sudah perang sebelum 20 minit,tutup suis oven dan biarkan roti didlm oven hingga habis minitnye.


untuk buat topping garisan kastard:

1 sudu besar tpg kastard @ tpg jagung
1 sudu besar tpg gandum
2 biji kuning telur
1 cawan susu segar
secubit garam
4 sudu besar gula
1 sudu besar mentega

**Bancuh tepung,gula,garam dan tuang susu sedikit2 sambil kacau agar tidak berketul.
**Masukkan telur dan kacau lagi.
**Masak diatas api sederhana sehingga pekat.
**Sentiasa kacau agar tidak berketul.
**Apabila sudah pekat angkat dan masukkan mentega,kacau sebati.
**Sejukkan dulu sebelum dimasukkan dlm piping bag.





Ni pulak sambal bilis + petai...peeerh melilih air liur dibuatnye.Masak tuk lauk tngahari bersama udang goreng kunyit dan acar ikan.3 hari aku nak habiskan sambal petai ni,sbbnyer aku jer yg sungguh2 makan sambal ni...mr hubby kureeeng skit,anak2 apatah lagi.Tapi makin lama makin kuat aroma petai ni.Rugi sape2 tak mencuba makan sambal ni.Hanya masak mcm ni je aku dapat makan petai ni...kalau nk makan begitu saje sorry erk,tak diterima oleh anak tekak aku niih.jom-jom tngok bahan2 nye.


BAHAN-BAHAN

1 papan petai-diambil isinye dan dibelah 2
semangkuk kecil ikan bilis -dibelah 2 dan buang perutnye
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
3 sudu besar cili boh
sedikit air asam jawa
garam,gula,ajinomoto secukup rasa.


CARA-CARA MASAK :

**Bawang besar,bawang putih dan halia ditumbuk halus.
**Panaskan minyak dan tumis bawang tumbuk hingga garing dan masukkan cili boh.
**Kacau sehingga naik bau ,masukkan air asam jawa dan ikan bilis.
**Masukkan garam,gula serta serbuk perasa dan akhir sekali masukkan petai.
**Angkat sedia tuk menjamu.

1 comments:

Saiyidah shah alam said...

Alhamdulillah,, shukran kongsi resipi ye kak mar.