YaNbu Al-SiNaYyAh 2009

Monday, December 21, 2009

HAJI PART-4

ASSALAMUALAIKUM...

Ikutilah selanjutnyer kisah perjalanan haji kami.


28HB.NOV bersamaan 11 dzulhijjah iaitu hari tasyriq pertama,solat subuh berjemaah kemudian makan pagi...selama 1 minggu kami kat sini hari2 kami makan kambing....taknak makan lapar,ape2 pun hentam sajelaaah....

ini lah ruper nasi nyeeeer...

suka pulak ikut cara makan orang arab niiih...jeliro je rasooo....

Hari ni kami stiil kat khemah sehinggalah waktu zohor,selepas solat zohor kami keluar untuk pergi melontar 3 jamrah....mcm hari semalam jugak aku dan hubby melontar di tingkat 2.alhamdulillah berjalan dgn baik sekali,selesai melontar kami terus balik ke khemah.Rehat dan tidor coz pada malam nanti aku dan hubby juga beberapa rakan2 lain nak ke mekah tuk melakukan tawaf iffadah dan saei haji.

suasana di tingkat- 2 JAMRAH

Jam 1 pagi tefon aku berdering,cik hubby dah panggil suruh keluar tuk ke mekah.Bersama-sama ngan aku pagi tuh ialah Milah n Hubby,Kak Lynn n Hubby,Zura n Hubby, family Hj.Halim,family Hj.Fadhil dan ada lagi tp aku luper lak...mula2nyer kami semua berjalan kaki je ke mekah tp sampai separuh jalan terus tahan kereta..dah tak larat dah aku rasa,cuma yg still berjalan milah n hubby dan zura n hubby nyer....cayalah dia orang niiih.
Tiba di mekah jam 3 pagi, yg masih bersama aku kak lynn n hubby nyer yg lain tak tahu terpisah kemana.Kami terus pergi toilet tuk ambil wuduk.Kemudian terus masuk ke masjid.Kami berempat cuba tawaf dekat ngan baitullah tp tak sampai 2 pusingan kami keluar utk ke tinggkat atas kerana terlalu ramai dan berdesak-desak orang kat bawah nih.Kak lyinn n hubby nyer tak tahu dah kat mana...aku n hubby naik ke tinggkat 3 iaitu tinggkat yg atas sekali.Kat atas nih kami terpaksa mengikut pusingan yg agak jauh,tp selesa sangat tak ramai mcm kat bawah.

pandangan dari tinggkat atas

Aku dan hubby teruskan dengan tawaf,masuk pusingan ke 7 kami berhenti sekejap kerana dah nak solat subuh,selesai solat subuh kami habiskan pusinggan terakhir kami,akhirnyer alhamdulillah selesai tawaf kami.Kami rehat sebentar di bangku di tempat saei,coz lepas nih nak lakukan saei pulak..

muka keletihan tp masih control machooo...

Letih bercampur mengantuk hanya tuhan je yg tahu,jam ditangan dah masuk jam 5.oo pagi , terus lakukan saei hingga selesai,alhamdulillah selesai lah rukun haji kami.Kemudian kami terus keluar dari tempat saei,destinasi kami ke Restoran D SAJI tuk mengisi perut yg lapar nih,tp malang nasib kami restoran tu tutup cuma sempat kami minum kopi je di kedai lain.Dalam kepala aku waktu nih nak terus balik mina je...bayangkanlah aku rasakan dah berjalan mcm org kena pil khayal dah....ngantuk gila weeeih.bertambah dgn letih jalan kaki.Selepas penat jalan baru lah ada kereta sewa..tak sampai khemah terpaksa pulak jalan kaki coz kenderaan tak boleh masuk terus ke tempat khemah aku.Kalau org lain boleh sampai dlm masa40 minit je ke khemah dr tempat kereta sewa tu berhenti tp aku ambik masa 2 jam.Sekejap jalan berhenti kemudian jalan lagi pastu berhenti,camtu lah sampai ke khemah.Tiba je dikhemah tak tegur sape2 dah hanya yang aku nampak tilam aku je,biiiiiing....terus je merebahkan diri di tilam dan mata pun tak tunggu dah terus pejam sampailah masuk waktu zohor baru aku bangun...solat dan makan tenggahari.Setakat ni sajelah tuk kali ini nanti kalau rajin aku cerita lagi....salam.

0 comments: