YaNbu Al-SiNaYyAh 2009

Tuesday, December 29, 2009

KONVOI KE TABUK

Salam mualaik...

Pejam celik,pejam celik kita semua dah nak masuk ke tahun 2010.Masa berlalu begitu pantas,usia pun makin bertambah...
Duk kat arab nih...hari menjelang hari terasa cam sekejap je..walaupun orang mcm aku ni duk goyang kaki jerk kat rumah ( goyang kaki ke....???? ) ,kalau kat malaysia walaupun tak duduk diam pergi situ pergi sini dgn bermacam xtvt ,tp aku rasa hari ke hari tu cam lambat je erk...why ?????
Takpe lah...apa2 pun aku harap kau orang semua happy sokmo disamping menjalani ibadah harian.

Minggu lepas aku pergi ke TABUK yg terletak di sebelah utara saudi, kira-kira 800 km dr YANBU niih .Konon2 laaaah nak p tengok salji,dngar kata ada salji kat tabuk,beria-ria je aku beli jaket yg tebal siap bulu-bulu lagi...maka pada hari khamis tuh..pepagi lagi kami pun berkonvoilah 4 buah kereta...Hj.Romly,Hj.Fadhil,Hj.Rizal dan Hj. Rapi laaah...jam 8 pagi kami semua berkumpul di persimpangan Kapal Layar,kemudian teruskan perjalanan kami.

marhaban bikum fii dubaq

Untuk sampai ke tabuk ni,kami melalui 3 buah daerah iaitu UMLUUJ,AL-WAJH dan DUBA ( not DUBAI ) pastu baru lah sampai TABUK.Dalam perjalanan tu kami singgah kat DUBA tuk makan tenggahari,masuk bandar kemudian terus ke tepi lauk..cantik sangat pandangan kat situ,ada banyak bot2 kecil.

MARINA-DUBA

dipersisiran pantai marina DUBA


Berkelah lah kami dgn bekalan-bekalan yg dibawa.Selesai makan solat kat masjid yg sebelah jalan tu je...Kemudian kami menyusur keluar dari bandar DUBA menuju ke destinasi kami.Setelah lebih kurang 2 jam lebih kami pun sampai lah di TABUK....kesejukan mula terasa.Tapi kecewa sangat2 saljinye tak adaaaa....
Anak2 dah mula pakai jaket masing2...ronda cari hotel kat dlm bandar tu....pusing punye pusing jumpa lah HOTEL AL- JAZEERAH maka kami pun bersepakat tuk bermalam di hotel tu.


Bilik yg hubby aku ambik tak mahal cuma 90 sr.jerk tuk satu malam,Bilik agak luaslah,beraircond..peti ais ada,tv pun ada tp cuma satu katil je,satu bantal,and satu selimut....hehehe padanlah ngan harga kan....aku berjiran ngan kak daa ( hj.romly ),sebelah-sebelah je...
Setelah siap mandi manda,solat dan makan2 lepas isyak kami semua keluar ronda2 kat MALL.Habis kat mana lagi kami nak pergi malam2 mcm nih,cuci-cuci mata kat mall je laah.
Jam 11 malam kami pun balik ke hotel....rehat jap pastu tidor lah...


Keesokan harinye kami check-out dr hotel tu...sebelum keluar dari bandar tabuk tu sempat kami pergi ziarah masjid NABI ,stesen keretapi lama dan pasar borong tabuk.Nak pergi museum tp takut tak buka pada hari jumaat maka dibatalkan je niat nak ke museum.

Masjid Tawbah @ Masjd Nabi ini asalnya dibuat drp lumpur semasa perang tabuk kemudian dibaiki semula semasa pemerintahan Raja Faisal.
( sory gambar kurang jelas diambil dr dlm kereta)


Tapak stesen keretapi HIJAZ ditabuk dibina pada tahun 1911
untuk mengangkut para jemaah dan pengembara yg datang dari Madinah ke Damascus

kaum bapa dan anak2

Bersama KAK NANI didepan Masjid Tawbah

anak dara dan mak2 dara
Lebih kurang 1 jam setengah kami kat pasar borong tu,suka datang pasar dia semua sayur murah2 dan fresh....buah-buahan pun murah.Terasa macam duk kat pasar ct khadijah kota bharu jer...apa yg aku beli ?????
Tak tahu nak beli apa bila dah tengok banyak camtu...cuma yg sempat aku beli buah strawbery,anggur dan bunga kobis je...ada yg sempat beli ikan bakar tuk makan tenggahari nanti.

dalam pasar borong tabuk

bunga kobis yg dibeli kat pasar tabuk hari tu....masih tersimpan segar dlm box ais sebiji dah bagi kat jiran arab kat tingkat atas.
( harganya cuma 10 sr 3 biji...murah kan... )

Setelah selesai kat pasar tu kami pun menyusur keluar dari Tabuk tuk balik ke yanbu.
Berhenti di AL-WAJH tuk makan tenggahari,tiba di daerah tu dah nak masuk waktu asar,
singgah kat kedai tuk beli nasi..tp kat kedai tu kalau nak beli nasi je tak dijualnye...pelik kan...????
Kami nak beli nasi je coz lauknye dah kami beli masa kat pasar tadi...masing2 keluar dr kedai tu,kata sepakat nak cari kedai lain...pusing satu bandar tu...tp satu kedai pun tak bukak....peruk dah mula berkeroncong nih...apa2 pun terpaksalah kami semua pergi semula kedai yg pertama tadi....dlm restoran tu ada bilik 2 makan tp kami pilih duk menapak kat luar je...dgn berhamparkan carpet2 yg dibawa.Selesai makan kami ke masjid tuk solat,kemudian baru lah teruskan perjalanan kami...
Sampai di UMLUUJ kami semua berhenti di masjid yg kat tepi jalan besar tu je.. tuk solat
magrib dan isyak secara jamak,lebih kurang 1 jam jugak berhenti kat situ.
Semua dah ready tuk bergerak semula,tak lama setelah beredar dari situ tiba-tiba tayar kereta aku pecah....nasib baik masa tu hubby drive tak berapa laju...berhenti di bahu jalan tuk tukar tayar yg pecah tu...rakan cik hubby sedia membantu,terima kasih lah pada hj.romly,hj.fadhil dan juga hj.rizal kerana bertungkus lumus mencabut dan memasang tayar yg pancit tu...nanti kita belanja minum shaiy lipton satu cawan sorang erk...hehehe gurau je.

kerjasama dari rakan-rakan

ini lah rupa tayar kereta aku yg pecah pada malam tu...
pecah di sebelah tepi je

Tiba di yanbu jam 9 malam hubby aku terus pergi kedai tayar tuk ganti tayar yg pecah tu....
Tukar tayar baru 2 biji....lepas ni nak ke RIYAD pun mafimuskillah.... katanya ,amacam abg lie RIYAD ke JORDAN.....????? hehehe
Tu lah kisah kami minggu lepas....sekian WASSALAM...

1 comments:

LYNN said...

Mar, wah makin jauh nak jalan. nak pi Riyard? Jordan? Kita ni kat semairi jelah.orang lain dah kemane-mane dah.