YaNbu Al-SiNaYyAh 2009

Tuesday, June 16, 2009

Kek ku tak jadiiiik....

HAI ALLzzzzzzz...

Smalam aku cuba buat KEK STRAWBERY ,resepi aku ciplak kat mamabungas punyer.Tengok dia punyer kek tuh dah meleleh air liur ni, jadi ptg smalam percubaan membuat kek tu diteruskan.Tapi kaaaaan.....huwaaaaaaaa tak berapa menjadik bantat.Kecewa dan terus kecewa..
Walaupun bantat tp tetap LAZIIIIT JIDDAN wa cakap lu....tak caya????boleh cuba nanti aku copy resepi mamabungas nyer.Sorry ah kak,kita copy je lah erk...malazzzzzzz gitu.Cuba jangan tak cuba.RUGIIIIII......

Glitter Photos


STRAWBERRY CAKE

Bahan
3/4 cawan gula aising
150 g mentega, pada suhu bilik
250 g cream cheese, pada suhu bilik
3 biji telur Gred A, pada suhu bilik
1/2 camca teh esen strawberry
1/2 camca teh pewarna pink
1 3/4 cawan tepung gandum
1 camca teh serbuk penaik
1/2 camca teh soda bikarbonat
1/4 cawan susu segar / susu UHT perisa strawberry
3 camca besar strawberry filling


Cara
1) Satukan mentega dan cream cheese, putar sekejap hingga rata. Masukkan gula aising dan pukul hingga putih.

2) Masukkan telur dan terus memutar pada kelajuan tinggi. Masukkan satu persatu telur sambil terus memutar hingga kembang, masukkan juga esen strawberry dan pewarna pink. Jarak waktu utk setiap biji telur ialah 1 minit.

3) Pada speed perlahan, masukkan tepung berselang seli dgn susu segar/uht berperisa strawberry hingga habis. Gaul rata.

4) Masukkan strawberry filling. Kacau perlahan menggunakan tangan. Jangan terlalu laju nanti buah strawberry akan hancur. Cukup sekadar kaup balik sajaha.

5) Sapu acuan bulat berukuran diameter 26cm dgn mentega dan tabur dgn tepung, ketuk keluar lebihan tepung.

6) Masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 35 - 40 minit.

7) Sejukkan 10 minit sebelum dikeluarkan kek dari acuan dan sejukkan kek atas redai.

8) Tuang lebihan strawberry filling untuk topping.

2 comments:

REENAZ said...

Mar, lengkali amek buah dier jer dlm 4-5bijik.Toksah bnyk2 sbb kan dah letak perasa strawberry.Kuah toksah amek sbb basah nanti bantat.Ari tuh akak kan dah bg sms.Nak lg ummph, layerkan jer.

LYNN said...

Mar tak babat la,cheese kek memang takkan naik kecuali Mar ada bahan bertepung sikit. menjilat srin la gitu, sebab tengok gambor jer.... Bahan atas tu Mar letak lepas kek ddah masak. butter campor jem dan tepong jagung sikit, nanti keras lah sikit atas tu macam cerminnnn.