YaNbu Al-SiNaYyAh 2009

Saturday, June 27, 2009

MEKAH,TAIF,AL-BAHAR DAN JEDAH

Assalamualaikum....

Dah beberapa kali percubaan tuk siapkan cerita kat bawah ni,kali ni barulah berjaya.
Kat sini aku nak cerita skit pasal aku p jalan2 makan angin start pd petang rabu baru2 ni hinggalah petang jumaat,haaaaaa....kali ni jauh skit destinasi yg kami nak tuju iaitu AL- BAHAR.Kami sekeluarga bersama family Kak Da ( Ramly ) .Keluar dari Yanbu ptg hari rabu lebih kurang jam 5 ptg.Kami tiba di mekah jam 11 malam.Oleh kerana plan kami nak bermalam di mekah so kali ni sempat lagi aku ngan kak Da buat umrah lagi.Buat jgn tak buat,takkan ku lepas peluang keemasan ni kalau tak rugi....Kami selesai buat umrah jam 3 pagi so terus tunggu utk solat subuh.
Selesai solat subuh barulah aku dan kak Da balik ke hotel.Sambil2 tu jengok2 jugak kat2 kaki 5 tu,mana tahu kut ada yg berkenan dimata.

Selesai saei bersama Kak Da
cuci-cuci mata

Sampai di bilik aku rehat jap sementara nunggu nak check out kul 9 nanti.Coz lepas ni kita orang nak ke Taif dulu bersama beberapa lagi keluarga Malaysian Yansab yg sampai kemudian skit pd kami.Kul 9 lebih kami beransur keluar dari bandar mekah menuju ke Taif.

pemandangan di Padang Arafah ketika melaui jalan ke Taif

Tiba di bandar Taif lebih kurang kul 11.30 kami pergi ke Masjid Abdullah Bin Abbas iaitu salah satu masjid yg penting jugak kat Taif ni.Abdullah bin Abbas ni adalah bapa saudara kepada Nabi kita Muhammad s.a.w ..Sempat rehat2 dlm masjid ni kemudian solat jamak.

ini lah masjid Abdullah bin Abbas

Selesai solat cik abang2 semua pergi carik makan dulu tuk bawak bekal dlm perjalanan ke al-bahar nanti,jauh lagi nih..Hanya aku dan keluarga kak da je yg teruskan perjalanan ke al-bahar.Manakala keluarga kak za (hj pozi),keluarga kak illa (hj.sanusi),keluarga Anis,keluarga kak su bermalam di Taif.

Mula memasuki bandar Taif

Jauh jugak bandar AL BAHAR ni,makan masa berjam-jam jugak.Dlm perjalanan tu kami singgah beriadah jap di tempat-tempat rehat di tepi jalan menuju ke al bahar ni,lapar lah weeeih...dari pagi kita tak ambil breakfast lagi,kesian budak2 ni semua.Makan lah nasi yg dibeli kat Taif tadi.


aku panggil nasi ni bukkhari ayam dan gambar kat sebelah family kak da.

Selesai makan dan selepas rehat beberapa minit kami pun kembali meneruskan perjalanan,ternyata masih lagi jauh destinasi kami.Perjalanan yg mengambil masa berjam-jam ni terlalu membosangkan pd anak2 aku kali ni,dah berapa kali tidor dan bangun.Jalan-jalan yg kami lalui dipenuhi dgn bukit2 dan gunung dgn jalannye bengkok2 seperti jalan naik ke Freser Hill,Cameron Highland dan Genting Highland.

dipertengahan puncak gunung

Setelah penat driver mendaki gunung maka tibalah kami di bandar Taif yg terletak di puncak
gunung ni.Dan setibanye kami beberapa minit dlm bandar ni kami disambut dgn hujan yg renyai2.Kata orang nilah hujan rahmat.Dengan tak kata lain kami terus cari tempat tuk menapak kat situ.Kami sewa apartment je kongsi ngan kelurga kak da,murah je hanye sr 2oo.
Tapi sebelum tu sempat aku shopping skit kat pasaraya apa ntah lupa lak namanye,kat kedai ni semuanye jual pakaian,aku beli baju gaun budak yg iring pengantin 6 pasang.Saje aku beli coz mura sesangat.Nak buat apa erk.....taklah baju ni aku beli utk aku letak kat kedai mak saudara aku kat malaysia,dia ada butik pakaian pengantin,sebelum ni pun dah beberapa helai baju pengantin yg aku beli letak kat kedai dia,kata orang adalah jugak faedahnye.

Bandar Al-Bahar yg disirami hujan

Dibandar ni kami tak tahu kat mana yg menarik jadi hanya duk lepak kat bilik je lah lagi pun driver2 dah penat dah tu....tidor awal coz esok pagi2 dah nak keluar dr sini nak teruskan perjalan ke Jedah pulak.Pepagi lg dlm kul 7 gitu kami keluar dr bandar Al Bahar ni mencari jalan keluar tuk ke Jedah,sebut pasal jalan ni.....huuuuuh kurus semangat,mana tak nye jalan yg kami keluar ni melalui tepi2 gunung berdebar dibuatnye nak nanggis pun ada.Bukannye rendah tu,bayangkan kami duduk dipuncak yg tertinggi sekali nak turun ke bawah tuk melaui jalan pantai...masa kami naik tu tak terasa sangat tp bila turun subhanallah.... tak percaya yg aku sedang menuruni gunung nih..di jalan ni terdapat 23 terowong yg dilalui,yg gelap gulita tanpa lampu jalan cuma berpandukan lampu kereta je.

bergambar kenangan di dalam bilik dan luar bilik apartment sebelum check out


Adik bersama baba diluar apartment

Dari Al-Bahar ke Jedah ambik masa 6 jam lebih jugak setelah campur sesat dan pusing balik,yg susahnye sbb cik hubby berdua ni tak tahu jalan nk masuk bandar Jedah kerana tak selalu kita org datang Jedah ni.So pedoman sekarang kita carik je Palestin Road.Setelah jumpa jalan tu barulah lega hati masing2,kami pun terus pergi rehat kat Corniche sambil makan2.Mula2 plan tu kami nak pergilah shopping kat Jedah ni tp oleh kerana masing2 dah penat sangat dah terutama abg lie hubby kak da sampai sakit2 pinggang dah,so kita terpaksa batalkan niat nak shoping mooping nih.Katanye hubby kak da "minggu depan kita datang balik"masa tu berbunga bunga aku ngan kak da dengar huhuhu..dngan tak tunggu lagi kami pun berkemas tuk balik yanbu.
Alhamdulillah kami tiba dirumah ngan selamatnye.

0 comments: