YaNbu Al-SiNaYyAh 2009

Wednesday, December 23, 2009

EPISOD AKHIR-HAJI KAMI

ASSALAMUALAIKUM.....

Apa khabar kau orang hari ni,harap2 tu sihat lah semua ye...
Aku tak tahu lah samaada kau orang boring ke tidak baca story aku niii.
Samaada kau oarang boring atau tidak aku tetap gak nak habiskan kisah perjalanan haji aku ni,bukan ape ini akan menjadi satu tatapan dikala-kala aku boriiiing nanti...
N3 hari ni ialah kisah terakhir perjalanan haji kami....aku harap kau orang layan je lah erk...


28HB,29 HB NOV 2009 bersamaan 12 dan 13 dzulhijjah iaitu hari tasriq ke-2 dan ke-3.
Sebenarnya xtvt kami banyak dikhemah sebabnya kita cuma keluar selepas zohor tuk melontar.
Selebihnyer ada jugak yg keluar ronda2 dan ada yg pergi jumpa sedara mara yg datang dr malaysia.Macam aku ni...masa banyak dihabiskan dikhemah je...
Hari ni aku pergi melontar bersama keluarga kak da..kali ni kami melontar di tingkat atas sekali.
Kali ni ramai yg keluar melontar awal sebabnyer ramai jemaah haji akan buat nafal awal,jadi kami pilih tingkat atas sekali tuk melontar,walaupun ramai tapi tak lah sesak sangat tempat tu berbanding di tingkat bawah dan ke 2.

jutaan jemaah haji yg keluar tuk melontar
bersama kak da dan hubby -belakang tu JAMRAH AQOBAH

29HB,iaitu 13 dzulhijjah adalah hari terakhir kami kat mina ni.....selepas melontar nanti kami akan berangkat pulang ke YANBU.Selepas solat subuh kami dah kemas2 kan barang2.senang kemas awal2 niih,kami dapat tahu bas kami akan bertolak ke MEKAH dlm kul 2 ptg iaitu selepas kita orang selesai melontar nanti.Ada yg keluar awal tuk melontar kerana takut sesak kerana hari ni lah semua jemaah haji akan pulang semua....

masing2 dah siap kemas beg...tak sabor dah nak balik,apa2 pun posing dulu....

hari ni aku melontar di tingkat bawah bersama kak lynn,kak su dan hubby masing2...masa kami keluar jam kul 11 pagi jadi masih tak ramai orang kat bawah....alhamdulillah TUHAN permudahkan urusan kami sepanjang kami kat sini...

BABA WA HJ.ROSLI- husban kak su

selesai melontar sempat lagi kami ronda2 diluar kawasan jamrah,cari apa2 patut tuk anak2.
Kemudian kami balik ke khemah tuk solat zohor kemudian makan tenggahari skit...hati tu dah tak sabar nak balik jumpa anak2.Jam 2 tepat kita orang dah berkumpul dibawah tuk naikkan beg2 kami kat atas bas...


naikkan beg kat atas bumbung bas

selesai semua naikkan barang2 kat atas bas,kami pun bertolak ke MEKAH tuk buat tawaf widaq,bas kami sampai di MEKAH jam 3 ptg lebih kurang,kami diberi masa hanya 4 jam.Sempat ke....dengan tak berlengah lagi kami yg naik bas no 2 niih terus berjalan menuju ke HARAM,jalan sesak...aku bersama nett dan cik2 hubby terus meredah masuk ke HARAM,masa mula2 masuk tadi aku masih bersama ngan nett tp bila dah sesak sangat kat dlm masjid...terpisah jugak kami.

suasana kat luar masjid

Kali ni aku dan hubby tawaf kat bawah,rezeki kami alhamdulillah...masuk waktu magrib kami dah pun selesai buat tawaf,kemudian terus solat magrib dan isyak dgn jamak taqdim.Kemudian kami menyusur keluar dari masjid menuju ke tempat dimana bas kami parking.Niat hati nak makan dulu tp bila tengok jam ditangan dah hampir 7 ptg,dibatalkan niat takut orang dah tunggu kita kat bas,cuma sempat bungkus ayam goreng je...jadilah tuk alas perut.Sampai2 kat bas sorang pun tak nampak rakan2 lain,rupanyer aku ngan hubby lah orang yg pertama sampai kat bas,pastu kejap lagi nampaklah bayang2 ieta dan hubbynye rizal,apalagi...jamu selerelah ngan ayam goreng tadi...lebih kurang 2 jam jugak kami menunggu rakan2 lain.

sementara menunggu rakan2 lain

Jam 9 mlm barulah bas kami menyusur keluar dr mekah.Kami tiba di YANBU jam 2.17 pagi.Malam tu aku n hubby bermalam dirumah kak da je...coz malas nak balik rumah..lagipun pagi esoknye kami nak pergi ambil anak2 kat rumah kak sakinah.soooo....
malam ni tidor je lah...
dah sampaai puuuun....

0 comments: