YaNbu Al-SiNaYyAh 2009

Monday, December 7, 2009

PERJALANAN HAJI PART -2

ASSALAMUALAIKUM....

25HB.NOV.2009 bersamaan 8 dzulhijjah kami masih berada di khemah,xtvt kami pada hari ini hanyalah dikhemah... berehat,berzikir,membaca quran,wirid dan sembahyang berjemaah yg diimankan oleh HJH.ZAKIAH ( kak za hj.pozi ),kak za lah yg banyak membantu kami dlm mengatasi masaallah mengenai ibadah haji,terima kasih kak za.Jasa mu tetap dikenang hanya TUHAN saja dapat membalas jasa kak za.

inilah kak za yg.menjadi kakak dan juga guru kpd kami..
terima kasih bebanyak gitu tuk k.za

salah satu kenangan paling indah buat aku

Pada hari ni jugak lah hujan turun selebat-lebatnya siap ngan guruh lagi,khemah kami dimasuki tempias air hujan,separuh bahagian khemah kami basah.Khemah yg kami duduk betul2 berhampiran kaki bukit. alhamdulillah hujan rahmat tu kata mak2 arab kat khemah ni...rasa macam duk malaysia pulak bila time2 hujan cam nih....hari ni juga aku terima berita yg mengatakan salah satu jambatan di jeddah runtuh kerana banjir ,ramai juga yg menjadi korban banjir sehingga ke hari ini dah mencecah seratus lebih mayat yg ditemui...tak tahu lagi berapa ramai yg masih belum dijumpai.SUBHANALLAH.

pandangan di luar khemah di ARAFAH

26HB.NOV.2009 bersamaan 9 dzulhijjah,dimana hari ini hari yg betul2 haji kami bermula iaitu berjuta jemaah haji pergi ke ARAFAH,sepertimana NABI MUHAMMAD SAW bersabda" HAJI ITU WUKUF".tanpa wukuf diarafah tidak bermaknalah ibadah haji kita.Hari inilah hari yg paling istimewa dan hari yg dirindui oleh semua jemaah haji...hari yg paling ramai ALLAH membebaskan umatnye dari api neraka.Dan berdoa lah memohon ampun seberapa banyak yg mungkin,insyaallah Tuhan akan melaksanakannyer.
Selepas solat subuh kami semua bersiap utk pergi ke ARAFAH ,lebih kurang jam 8 pagi kami meninggalkan mina.Tiba di ARAFAH lebih kurang jam hampir kul 10 pagi.Terus menuju ke khemah khas utk jemaah haji dr yanbu.Setiap khemah ada dipaparkan daerah masing2.Kedatangan kami di sediakan dgn minum pagi serta buah-buahan.Dlm khemah kami pula disediakan karpet dan bantal tuk kami berehat sementara menunggu waktu afdal.Jadi bolehlah kami jemaah haji rehat sebentar,sambil melakukan ibadah lain...

bergambar kenangan sebelum solat zohor
dlm khemah di ARAFAH

Masuk waktu zohor kami mendengar khutbah arafah yg berkumandang dari masjid NAMIRAH kemudian menunaikan solat zohor secara jamak dan berjemaah.Saat inilah saat yg paling syahdu kami semua sahabat bermaaf-maafan sambil menanggis terasa hibanye pada saat ini,dan pada waktu inilah kami mula keluar dr khemah mencari tempat yg lapang utk berdoa kepada maha PENCIPTA memohon ampun atas segala dosa-dosa dan terasa hinanye diri ketika ini .Subhanallah terasa betapa disini berlakunya keluarbiasaan,tenang dan sejuk udaranya walaupun bercuaca panas, tak dapat nak aku gambarkan hanya ianya dirasai oleh sesiapa yg telah menjadi tetamu NYA,waktu ini jugalah ALLAH bersama malaikat2 turun ke langit yg paling rendah,terasa diri begitu dekat dgn ALLAH .air mata jatuh bercucuran tanpa diundang dan juga tanpa ada rasa segan dan silu.Terasa diri begitu kerdilnya dan malunya utk mengatakan cinta padamu YA ALLAH berbanding rakan-rakan muslim yg lain.Sedang dgn dosa dan noda yg tak mampu kami hintung dgn bilangan jemari yg ada.Kami mohon keredhaanmu YA ALLAH ditanah penuh berakah ini,Aku rasa nikmat mengerjakan haji dgn berihram pakaian putih menandakan penyerahan diri pada MU ya ALLAH.Ketika ini tidak ada seorang pun yg layak bermegah-megah dgn pangkat samaada raja atau rakyat biasa,semuanya sama berpakaian putih dgn nawaitu yg telah ditetapkan.Ketika ini bumi ARAFAH basah dicucuri dgn airmata keinsafan oleh berjuta umat yg berada disini.Selepas waktu zohor sehinggalah masuk waktu magrib,tak putus2 kami berdoa memohon kerhedaan NYA.Semoga ALLAH makburkan doa-doa kami.
Selepas magrib kami semua bergerak menuju ke parking bas,terasa hibanya ketika melangkah hendak meninggalkan ARAFAH...entah bila lagi dapat aku menjejakkan kaki ke sini.Perjalanan kami seterusnya menuju ke MUZZALIFAH utk mabit seketika disana,sampai di MUZZALIFAH terus mencari tempat utk bentangkan tikar utk solat magrib dan isyak secara jamak.Selesai solat kami semua beristirehat sambil makan dan minum,berjuta jemaah haji yg mabit di sini dgn berpakaian putih,bergelimpangan masing- masing berbaring dan tidor di tanah yg lapang...ada juga yg sedang mengutip anak batu utk melontar keesokannya.

beginilah suasana di MUZZALIFAH pd mlm tu..

Sambil berbaring mata terpandang ke langit melihat bulan yg tersergam indah dgn. cahayanya yg begitu terang serta bintang2 yg berkedipan,awan bergerak laju SUBHANALLAH betapa indahnya kuasa maha PENCIPTA.sambil melihat kelangit aku terus terlena sehinggalah jam 2.00 pagi aku dikejutkan oleh suami kerana bas yg kami naik dah nak balik ke MINA.( sambung lagi.... )

0 comments: