Assalamualaikum....
Salam tuk semua sahabat2 yg menjenguk kat blog ni,harapan agar semua berada dlm situasi yg baik2 belaka...alhamdulillah sehingga ke hari ini kita masih diberi peluang untuk berceloteh kat sini,walaupun badan tuan tanah sedikit terasa kurang sihat semenjak balik dr menunaikan ibadah haji beberapa hari yg lalu.Aku percaya masih ramai lagi rakan2 yg sama2 menunaikan ibadah haji
baru2 ni berada dlm keadaan kurang sihat kan???? insyaallah sama2lah kita berdoa agar kesihatan kita pulih seperti biasa...
Alhamdulillah...aku bersyukur ke hadrat ILAHI kerana aku telah terpilih menjadi tetamu NYA dlm usia yg separuh abad begini....macam-macam perasaan yg timbul takut,resah dan berdebar-debar tp yg pastinya hati ini terlalu gembira,gembira dan tak percaya .
24hb.NOV.2009 bersamaan 7 zhulhijjah jam 9 pagi bermulalah perjalanan kami jemaah haji dari Malaysian Yanbu seramai 74 orang berkumpul di RC.Kami dibahagi kpd 3 buah bas.Lebih kurang jam 10.30 pagi kami bertolak dr RC menuju ke MIQAT AL-JUFFAH.Tiba di miqat kami semua makan tenggahari dulu kemudian baru masuk ke masjid utk memakai ihram dan solat .Setelah semua jemaah haji berihram dan berniat kami teruskan perjalanan ke MEKAH.
"AKU DATANG MENYAHUT PANGGILAN- MU"kami bertalbiah sehinggalah tiba di mekah.
Setibanya di Mekah lebih kurang jam 7.15pm tak silap masa tu dah pun masuk waktu isyak kami semua pergi ke BAITUL HARAM tuk melakukan tawaf Qudum.Kami diberi masa selama 5 jam,maknanye dlm pukul 12 mlm kami kena berkumpul ditempat parking bas,kerana nak meneruskan perjalanan kami ke Kem MINA.Semua dah ada driver terus menuju ke MINA,kami tiba di MINA dlm pukul 2 pagi tak silap aku lah....masing2 masuk ke kemah...tidor.( ayat ringkas je lah erk..)
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?
7 years ago
1 comments:
semoga mendapat haji yg mabrur ye kak...!
Post a Comment