Assalamualaikum....
Skarang nii...aku tengah tak ada ideal nak update blog,ntah kemana hilangnye ideal2 tu...kosong kepala otak aku ni,dah berapa kali cuba ngadap laptop tp beku sebekunyer.Apa2 pun aku nak jugak masuk kan gambar2 niiih.
Gambar2 ketika rombongan ke Mekah,melawati tempat2 sejarah Rasulullah s.a.w
Destinasi pertama kami ke JABAR TSUR iaitu dimana ketika dahulu Rasulullah S.A.W telah lari dari dikejar oleh orang2 musyrikin dan bersembunyi didlm gua di atas jabar TSUR ini.Selama 3 hari Rasulullah berada dlm gua tsur ini.
Dibelakang tu adalah JABAR NUR iaitu gua hira dimana Rasulullah S.A.W berkhalwah ( menyendiri ) dan beribadah sebelum diangkat menjadi nabi.Di gua hira inilah tempat dimana Malaikat Jibril a.s datang kepada Nabi S.A.W dengan membawa wahyu pertama.
Selesai di JABAR nur kami pergi pula ke ARAFAH tapi hanya singgah di JABAR RAHMAH je...
Tempat dimana ADAM dan HAWA dipertemukan semula buat pertama kalinya dan juga dimana tempat ini diajar oleh Malaikat Jibril kepada nabi Ibrahim menasik haji dan juga tempat manusia mengakui segala kesalahan dan dosa2nya.Dikaki bukit ini juga Nabi S.A.W pernah wukuf pada hari ARAFAH.
Setibanye kami ke Jabar Rahmah kami diserbu oleh pak2 arab bersama unta2 berhiasnye.
Dah tak tahan ngan bau unta2 ni....kami bergerak pergi ke Mina,tapi kami hanya lalu je coz tak boleh masuk ditempat khemah di mina.Tanpa membuang masa kami teruskan perjalanan kami singgah sebentar di masjid HUDAIBIYYAH.
masjid ni juga ada al-kisahnya tapi masa semua orang turun kat masjid ni aku hanya duduk dlm bas....jadi aku tak tahu lah kisahnye...sory.
Selepas lawat kat sini kami pergi pula ke ladang unta....sekali lagi kami terpaksa menahan nafas kerana tak tahan ngan bau unta niiih...
ada jugak yg sempat membeli susu unta ( fresh tauuuu..... ) termasuk hubby aku.
Dia sorang jerk yang minum.....aku ???? takpe tak bagi pun takpe aku tak kecik hati pun.
tengok tuan unta tu perah susu pun aku dah tak tahan....apalagi nak minum dgn terbayangkan wajah2 unta tu...
perah susu unta....
Akhir sekali destinasi kami ialah mencari Restoran untuk isi perut yg dah tak tahan lapar niih.Sementara menunggu hidangan kami berjemaah ramai2 kat restoran ni.Perut pun dah kenyang kami semua bergerak balik ke Hotel kerana pada malam nanti selepas magrib diadakan pula ceramah dimasjid.Tapi aku tak joint sbb terus ke jeddah tuk bermalam disana.
2 comments:
kak mar...'alakullihal...ida amat2 teruja ngan kehidupan yg akak lalui skrg....mudah2an ida n family pon turut d beri kesempatan utk menjejakkan kaki d bumi anbiyaa' mcm akak....amin!!!!!!!!
ideal or idea?? :D :D :D
Post a Comment