YaNbu Al-SiNaYyAh 2009

Thursday, November 19, 2009

LAGI-LAGI RESEPI

Assalamualaikum....

Ok post kali ni aku nak cerita kisah semalam ( selasa & rabu ) .
Kadang2 aku rasa buntu jugak kepala otak aku ni ,kalau nak fikir menu apa yg nak aku masak
setiap hari....boleh jadi pecah kepala aku ni.Bukan tak boleh masak tp memandangkan bahan2 tak begitu banyak kat sini..itu yg menjadi halangannyeeeer.Kalau kat malaysia semuanyer ada kan...
Nak masak masakan arab ni....langsung aku tak ghoti,belum jumpa cikgu yg nak mengajarnye.Apapun makanan malaysia tetap menjadi pujaan hatiku...kat bawah ni aku nak kongsi beberapa resepi yg telah aku buat dan terus aku buat.

atas sebelum bakar bawah siap dibakar

Resepi roti ni aku ambik setelah aku jelajah dlm internet ni,sedap dan sangat gebu.
Tengok sajelah hasil yg telah aku buat...memang gebu.Kali pertama aku membuat roti,tak pernah belajar dan tak pernah terlintas dihati aku nak buat roti nih.Kalau kat malaysia dulu aku suka sangat beli roti niii...apatah lagi kalau pergi ke pasaraya CAREFOUR kat pasir gudang hari tu ( masa2 aku duduk kat sana dulu).Tapi bagi anak tekak aku lah memang hanya kat pasaraya ni je yg sedap roti potato ni,apatah lagi makan waktu panas2.Belum sempat bayar dah habis aku ngan larling aku makan..ni citer lama daaa..ikuti resepinyer.

ROTI POTATO ( kentang )

BAHAN-BAHAN

2 @ 3 BIJI UBI KENTANG- 70 gm ( direbus dan dilenyek baru ditimbang)
300 GM TEPUNG ROTI ( aku guna tpg gandum je..)
3/4 SUDU BESAR SUSU TEPUNG
50 GM GULA CASTOR @ GULA BIASA
2 SUDU TEH YIS
1/2 SUDU TEH GARAM
30 GM MENTEGA @ MARJERIN
1 BIJI TELUR ( bahagi 2 )
135 ML AIR SEJUK (dr peti ais )

CARA-CARA BUAT :
**Masuk semua bahan kering,kacau sebertar.
**Masuk telur 1/2 biji bersama kentang.
**Masuk air sejuk,mentega kemudian putar.
**Sampai doh menjadi licin kemudian bulatkan.
**Perap doh,tutup dgn plastik sehingga naik 2 x ganda.
**Setelah doh naik tumbuk doh utk keluarkan udara didalamnye.
**Bulat2 kan menjadi bebola yg sama saiz 3o gm ( aku agak2 je )
**Susun dlm loyan yg telah digris.
**Biar selama 45 minit lagi.
**Sapukan permukaan roti dgn telur dan paipkan cream kastard ditengah-tengah permukaan roti.
**Bakar pada suhu 180 c selama 20 minit.
**Sekiranya permukaan roti sudah perang sebelum 20 minit,tutup suis oven dan biarkan roti didlm oven hingga habis minitnye.


untuk buat topping garisan kastard:

1 sudu besar tpg kastard @ tpg jagung
1 sudu besar tpg gandum
2 biji kuning telur
1 cawan susu segar
secubit garam
4 sudu besar gula
1 sudu besar mentega

**Bancuh tepung,gula,garam dan tuang susu sedikit2 sambil kacau agar tidak berketul.
**Masukkan telur dan kacau lagi.
**Masak diatas api sederhana sehingga pekat.
**Sentiasa kacau agar tidak berketul.
**Apabila sudah pekat angkat dan masukkan mentega,kacau sebati.
**Sejukkan dulu sebelum dimasukkan dlm piping bag.





Ni pulak sambal bilis + petai...peeerh melilih air liur dibuatnye.Masak tuk lauk tngahari bersama udang goreng kunyit dan acar ikan.3 hari aku nak habiskan sambal petai ni,sbbnyer aku jer yg sungguh2 makan sambal ni...mr hubby kureeeng skit,anak2 apatah lagi.Tapi makin lama makin kuat aroma petai ni.Rugi sape2 tak mencuba makan sambal ni.Hanya masak mcm ni je aku dapat makan petai ni...kalau nk makan begitu saje sorry erk,tak diterima oleh anak tekak aku niih.jom-jom tngok bahan2 nye.


BAHAN-BAHAN

1 papan petai-diambil isinye dan dibelah 2
semangkuk kecil ikan bilis -dibelah 2 dan buang perutnye
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
3 sudu besar cili boh
sedikit air asam jawa
garam,gula,ajinomoto secukup rasa.


CARA-CARA MASAK :

**Bawang besar,bawang putih dan halia ditumbuk halus.
**Panaskan minyak dan tumis bawang tumbuk hingga garing dan masukkan cili boh.
**Kacau sehingga naik bau ,masukkan air asam jawa dan ikan bilis.
**Masukkan garam,gula serta serbuk perasa dan akhir sekali masukkan petai.
**Angkat sedia tuk menjamu.

Monday, November 16, 2009

APAM GANDUM


BAHAN-BAHAN:-

1/2 KG TEPUNG GANDUM
1 BUNGKUS MAURIPAN ( dibancuh dgn 1/2 cawan air )
3/4 CAWAN GULA
3 CAWAN AIR
SECUBIT GARAM
1 BIJI KELAPA PARUT ( diambil putihnya sahaja )

CARA-CARA MEMBUATNYA:-

-LOYANG DISAPU DGN SEDIKIT MINYAK .
-BANCUH MAURIPAN DGN 1/2 CAWAN AIR.
-MASUKKAN TEPUNG,GULA DAN GARAM KEDALAM MANGKUK,LALU CAMPURKAN YIS
YG TELAH DIBANCUH TADI KEDALAMNYA SAMBIL TUANG AIR LEBIHAN TADI KEMUDIAN KACAU.
-UNTUK MENDAPATKAN ADUNAN TIDAK BERKETUL BOLEH JUGA DI BLENDER ADUNAN TADI.
-TUANG ADUNAN KEDALAM LOYANG KEMUDIAN PERAPKAN SELAMA 1 JAM.
-PANASKAN KUKUSAN DAN KUKUS LAH SELAMA 40 MINIT.
-SEJUKKAN KEMUDIAN BARULAH DIPOTONG.
-KELAPA DIGAUL DGN SEDIKIT GULA DAN GARAM.
-BOLEH DIMAKAN UTK SARAPAN @ MAKAN PETANG.

Saturday, November 14, 2009

KRUSUS HAJI dan QIAMULAI

12hb iaitu semalam kami telah menghadiri krusus haji dirumah HJ.ROHAIZAT.
Majlis bermula jam 8.30 pagi yg dianjur oleh UQ proTeam,semua terdiri daripada pelajar2 yg datang dari mekah.

sebahagian peserta2 lelaki

Ramai juga antara kami yg akan pergi menunaikan ibadah haji pada tahun ni,turut juga serta dlm program ni beberapa keluarga dari Rabigt.
Majlis selesai jam 4 petang,manakala program Qiamulai diadakan dirumah ANIS dan KAK DA pada jam 3 pagi.Seramai 10 keluarga yg menyertai program ni termasuk juga ustaz2 dari mekah tadi.

peserta2 wanita

Ucapan berbanyak-banyak terima kasih kami kepada Uztaz2 kerana sudi meluangkan masa untuk mengajar kami tentang krusus haji ni...dan terima kasih juga kepada tuan rumah KAK SALINA serta keluarga kerana telah menyediakan tempat utk menjayakan program ini.

Doktor Hj.Mohd Taib menjawab soalan2 yg diajukan semasa sesi pertanyaan

masing2 kusyuk mendengar keterangan dari ustaz2

Semoga dgn panduan yg kami terima dari program ini akan mendapat ganjaran HAJI MABRUR insyaallah.

Sunday, November 8, 2009



ASSALAMUALAIKUM....rakan2 semua.
APA KHABAR ???????

Rasanye mcm dah tinggi sangat dah lalang2 kat sini.
tu lah yg masuk jap kat sini nak tebas2 skit lalang2 ni.

Cerita....???? takde ape yg nak aku kabarkan pd kau orang semua.
seperti biasalah aktiviti aku kat sini kalau dah balik yanbu nih.
Suri rumah sepenuh masa.Lain lah masa balik cuti baru2 ni.
Lain kali ah aku cerita pasal cuti tuh....duri palas masih terlekat lagi kat jari aku ni.
Lagi pun line internet tak berapa cantik....borinnnnnng
Nanti kalau dah semua ok,insyaallah jumpa lagi ....

Thursday, August 13, 2009

HaRi NyE tElAh TiBa....

SALAM TUK SEMUA RAKAN2 KAT YANBU

SEKARANG KAMI KAT HOTEL INTERCONTINENTEL JEDDAH.
FLIHT KAMI KUL 9 MALAM NANTI,
SO SEMPAT LAH KAMI PERGI RONDA2 DULU.HEHEHE

KEPADA RAKAN2 SEMUA,JAGA DIRI DAN KELUARGA BAIK2 YE...
KALAU ADA SALAH DAN SILAP HARAP MAAFKAN,
DAN DOAKAN TUK KAMI AGAR SELAMAT SAMPAI
DAN DOAKAN TUK KAMI JUGA AGAR TERHINDAR DARI
VIRUS H1N1..YG SEMAKIN SERIUS KAT MALAYSIA KETIKA INI.
( Bimbang tahap gaban dah ni... )

P/S:-
Tuk DIDA NGAN UDA jaga diri tau...
Kalau ada apa2 hal dan masaallah
Jangan segan2 call aboh.
Dan kalau ada masa tu jenguk2 lah aboh...

BYE....BYE...SEMUA
-ASSALAMUALAIKUM-

Tuesday, August 11, 2009

Tragedi 3 hari sebelum pulang malaysia


Ni lah akibat kecuaian aku....duk asyik sangat belajar jahit manit kat rumah zura mlm isnin lalu,
tiba2 dengar suara budak menanggis....pada mulanye aku yakin tu bukan suara anak aku,tp hati ini tergerak utk pergi jengguk apa yg berlaku.Apa yg aku lihat anak aku ngan anak k.za yg kecik tu sedang menanggis kerana terhempas basikal yg dinaiki oleh anak kak da.Izzati anak kak da jatuh bersama basikal yg dinaiki dr tangga teratas hingga kebawah tempat adik ngan umairah bermain...aku terus mengangkat adik yg meraung kesakitan lalu terpandang disebelah mata belah kanan bengkak serta lebam serta merta.Lalu zura selaku tuan rumah terus sapukan ubat serta demoh( kata org ganu ) .Terima kasih banyak2 gituuu pada zura.
Izzati dan anak kak za mujurlah tak ape2...pada mlm tu setelah mr.hubby datang ambil, aku beritahu padanye...yg adik terhempas basikal dan bengkak dibahagian mata.
Start pd mlm yg aku bagitahu tu sampai lah keesokan dia tak cakap ngan aku .Nak marah lah tu...Mujur lah adik tak meragam pd malam semasa tidor...keesokanye setelah bangun pagi aku lihat semakin bengkak matanye dah jadik mcm orang kena tumbuk dimata dah...risau jugak aku nengoknye....setelah hubby balik kerje dia cuba demoh sekali lagi sambil mulut membebel kat aku,nak buat cam mana diam je laaaaaaaah...dah memang aku yg salah.


Tenggahari tadi semasa mandikan dia aku lihat semakin merah bawah kelopak mata,aku bagitahu hubby aku supaya bawak adik pergi cek doktor ,takut jugak tengok keadaan matanye tengahari tadi,lalu mr.hubby suruh kami bersiap tuk bawak adik ke klinik sameer dan irfan.
Masa kami pergi tu dlm kul 3 petang jadi tak ramai orang.Terus masuk kat emergency...siap ngan x-ray lagi.Berdebar jugak nak nunggu keputusan x-ray masa tu.Masa nak x-ray tu 2 orang yg pegang adik dan siap kena bungkus lagi kerana dia meronta2 tak nak di x-ray.Kesian adik terkedu kedu menanggis.Selepas selesai x-ray doktor yg merawat adik pd masa tu bagitahu suruh datang balik dlm kul 5.30 petang coz nak jumpa doktor pakar mata.So kami balik dulu lah...selepas asar kami pergi balik ke klinik tu tuk jumpa ngan doktor pakar mata tu,sekali lagi doktor tu suruh buat x-ray,katanye yg dah buat td tak berapa jelas.
Bimbang jugak takut kalau2 kena tahan wad,maklumlah lusa kami dah nak balik malaysia.
Setelah diperiksa oleh doktor pakar alhamdulillah ....adik tak ape2 kata doktor cuma lebam dan bengkak biasa jer.Lalu disuruh ambik ubat tahan sakit dan gel tuk disapu pd bahagian mata yg lebam dan bengkak tu.Ni lah tanda yg akan dibawak balik malaysia nanti.

Paung Goreng ( Buah Boom )

PAUNG GORENG




BAHAN2 DOH :-

2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air ( tengok keadaan doh )
1/2 sudu garam @ ikut suka citarasa
3/4 @ 1/2 cawan kelapa parut/kelapa kering

INTI:-

2 ekor ikan kembung ( direbus dan ambik isinye kemudian tumbuk )
sedikit halia
2 sudu santan serbuk + sedikit air
1/4 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
kalau suka boleh letak serai
5 biji halba
garam,gula,ajinomoto

CARA2 BUAT DOH:-

-Campur semua bahan dan air.
-Uli sehingga sebati kemudian bulatkan.
-Letak inti ditenggah doh.
-Kemudian gentel dan sedia untuk digoreng.
-Goreng dengan minyak yg banyak dan api yg perlahan.
-Kacau selalu supaya dia nampak sama warnanye.

INTI:-

-Tumiskan bawang putih,bawang merah dan halia.
-Masukkan ikan yg telah ditumbuk bersama santan,halba,garam,gula dan ajino.
-Kacau sehingga kering.







KUIH LAPIS


BAHAN2 :-

1 1/2 cawan tepung gandum
4 sudu tepung beras ( paras )
4 sudu tepung jagung ( paras )
3/4 cawan gula ( kalau suka manis cukupkan 1 cawan )
4 cawan santan
1 sudu teh garam
sedikit pewarna merah @ kesukaan masing2

CARA-CARA :-

-Campurkan kesemua bahan + santan
-Bagi memastikan bahan tidak berketul blend kesemua bahan
-Bahagikan kpd 2 bahagian
1-tampa warna
ii-warna merah

-Panaskan pengukus dan sapukan sedikit minyak pd loyang supaya senang untuk dikeluarkan apabila dipotong.
-Masukkan adunan secara berselang seli lebih kurang 2 minit setiap satu lapisan.
-Gunakan senduk @ sukatan yang sama utk setiap lapisan agar mendapat hasil yg menarik dan cantik.
-Tunggu sehingga kuih sejuk baru lah dipotong.