YaNbu Al-SiNaYyAh 2009

Monday, May 11, 2009

HUJAN DI YANBU

HUJAN

Aku hanya ingin tahu
Apakah sejati mu wahai hujan
Mungkinkah kau adalah air mata
Para malaikat
Nun melimpah tatkala manusia
Angkuh bersimbah dosa
Juga jengah mengakui salah
Ataukah......
Kau tercurah sebagai doa
Para malaikat
Saat mereka mintakan tangguh
Hukuman TUHAN pada manusia


gambar ketika hujan di yanbu
pd 10hb.mei.2009
jam 8 mlm


Selama lapan bulan aku duk kat yanbu ni,ni lah kali pertama aku tengok hujan turun kat daerah ni.Walaupun tak selebat sepertimana kat MAS tp cukuplah bagi kami2 kat sini.Sekurang-kurangnye terlepas lah jugak rindu kami pd hujan ni.Sukanye hati tak terkata sampai aku lupa yg anak2 aku yg belum sembuh chickenpox tu takleh kena hujan.Kata org tua2 dulu kalau kena hujan akan meninggalkan parut...betul ke?????
Gambar kat atas tu aku snap ketika kami on the way pergi ke hyper panda supermarket.
Sajelah letak gambar tu utk tatapan rakan2 kat yanbu ni...yg telah lama tak merasai hujan.
Ok lah ni jer citer aku kali ni....caaaaaaaaaaaaau

Sunday, May 10, 2009

Minggu Duk Rumah

Dah 2 minggu aku tk keluar dari daerah YANBU ni dek kerana hero2 aku diserang oleh kuman virus vlaricellazoster(chickenpox)ditambah pula ngan xtvt cik abg aku kat yanbu ni.Maka 2 minggu ni duk rumah je leeee....

Cerita pasal duk rumah ni,kalau kat YANBU aku memang angkat tangan,tak tahan ooooooo...boring gila wa cakap luuuu.Kadang2 tu rasa nak nye balik MAS.Nasib ah ARAB dgn MAS ni jauh beribu-ribu batu.Kalau tak....
Untuk hilangkan rasa boring kami keluar jugak walaupun wajah hero2 aku bintik-bintik,tp kami hanya dlm daerah YANBU lah.Kami pergi ambik angin kat pantai YANBU jeee tak jauh dari rumah aku...sambil2 makan cup corn dan aiskrim.Tiga hero ni pula sempat lagi main basikal yg baru dibeli oleh abohnye.Tak sangkalah pulak ramai pak arab dan family datang rehat kat sini.Dah macam pesta pulak,siap ada kereta kuda berhias lagi.
Kalau kat MAS kita selalu tengok kereta lembu dan beca berhias je kat AIR KEROH melaka,tp kat sini aku dapat lihat kereta kuda berhias dengan lampu yg berwarna-warni cantiiiiik...
Ramai jugak org arab ni naik kereta kuda tu,bayaran nye aku tak tahu lah dikenakan berapa.Insyaallah akan ku naik kereta kuda pak arab ni suatu hari nanti...hahaha

basikal baru dibeli hadiah dr aboh tuk birthday adik tapi semua dapat

gambar yg sempat aku snap dari jauh kereta kuda berhias

duduk sambil makan cup corn

Saturday, May 9, 2009

SELAMAT HARI IBU




Ucapan ini khas ditujukan untuk ibuku ZAIMAH BTE BAKAR(cik tom) semoga tabah menghadapi dugaan yang diberi.kami semua sayangkan maa...
Tak lupa juga untuk kawan2 di MAS dan KSA,selamat menyambut hari ibu.

Tuesday, May 5, 2009

IKAN MASAK 3 RASA MAMASITO

Resepi ni kita reka sendiri lah wak....


BAHAN-BAHAN:-

2 ekor ikan cermin@ lain2 jenis ikan
2 ulas bawang besar-dicincang halus
3 ulas bawang putih-dicincang halus
2 cm halia-dicincang halus
2@3 biji lada besar-dicincang halus
sekeping nenas-dipotong dadu(kecil2)
1 sudu makan cili boh
2 sudu makan sos tiram
5 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
Garam,gula,ajinomoto secukup rasa
Daun ketumbar-utk hiasan(kat yanbu tkder tkyah letak)
Minyak utk menumis

CARA-CARA:-

-Ikan dibasuh dan di sapu dgn garam.Goreng sedikit garing-ketepikan.
-Tumis bahan cincang sehingga wangi kekuningan.Masukkan cili boh,sos tiram,sos cili dan sos tomato.
-Kemudian masukkan garam,gula dan serbuk perasa.Kacau sekejap kemudian angkat.
-Tuang keatas ikan yg telah digoreng td.
-Hias dengan hirisan bawang dan daun ketumbar.

Sunday, May 3, 2009

JOM MAKAN BAKSO...

mamabungas punyer resepi nih...

BEBOLA DAGING @ MEAT BALL

Bahan-bahan

400 gm Daging kisar
4 ulas bawang merah-kisar
3 ulas bawang putih-kisar
1 s/b serbuk lada putih
1 cawan bread crumbs(serbuk roti) @ tpg ubi @cornflakes @ nestum @ oats
Garam secukup rasa


Caranye:-

-Gaul semua bahan hingga sebati
-Buat bebola kecil ikut saiz yg disukai
-Masuk kedalam air yg mendidih
-Bila timbul angkat
-Boleh simpan dlm peti sejuk atau terus guna


BAKSO

Bahan-bahan

-Sebungkus mee hoon-dicelur
-Sebungkus kecil sooh hoon -dicelur

Untuk kuah:-

-2 mangkuk air @ secukupnye
-5 ulas bawang merah - hiris nipis
-1 ketul perasa ayam @ daging (kiub)
-sebatang serai-dititik
-1 inci halia-ditumbuk halus
-1 sb serbuk lada sulah
-garam secukup rasa
-bebola daging secukupnyer

Untuk ulam

-kobis diracik halus secukupnyer
-taugeh
-daun sup secukupnyer

Caranye:-

-Tumis bawang,serai dan halia sehingga wangi.Masukkan air.
-Masukkan kiub pati ayam@lembu,garam secukup rasa dan masukkan bebola daging.Biar mereneh dgn api yg perlahan.
-Apabila bebola timbul,padamkan api
-Sedia dimakan dgn mee hoon+sooh hoon dan letak sos cili bersama kicap

JOM KONGSI RESEPI...

MARHABAA....


Hassscyim....hassscyim..sakitnyelah hidung aku ni,kepala rasa berdenyut,badan pun rasa panaaas semacaaaam je,ni yg paling aku tk suka ni asyik berair je hidung ni.Macam ni lah kalau badan tk cukup rehat mesti demam punye.Aku benar2 rasa tk sihat hari ni,dari semalam lg aku rasa sakit2 badan dan selsema,rupanye demam nk datang.Nampaknye aku kena ponteng lg kelas bahasa arab hari ni...tk larat sangat rasa nk pergi,bertambah pulak ngan cuaca yg panas kat luar.Lagi laaaah aku tk larat.Nantilah kalau dah sihat nanti hari selasa ni boleh ah masuk kelas balik.Kawan2 yg pergi tu kalau ada homework yg ablaak(cikgu) bagi jgn lupa bagi tahu ye.....huhuhu.

Hari ni tk de story yg menarik aku nk citer kan...dek diserang oleh demam jd kenalah aku kurangkan ACTVT aku hari ni.Cuma aku nk kongsi beberapa resepi yg telah aku buat minggu2 lalu.Jooooooooooooom..layaaaan.





NASI DAGANG MAMASITO

BAHAN-BAHAN;

*1 kg beras wangi @ beras siam (k.mar guna beras basmathi AL-SYAKLAN)
*3/4 cup(sukatan beras)beras pulut
*Sedikit air putih @ santan cair
*2 @ 3 cawan santan pekat
*8 biji bawang merah-dihiris halus
*2@3 cm halia-dimayang halus
*2 sudu besar halba

1 ekor ikan tongkol(Aye)
4 kpg asam keping(gelugor)
Garam secukupnye

-Beras direndam semalaman
-Ikan direbus terlebih dahulu

Bahan2 utk gulai :-



1 biji kelapa-diambil santan
3 biji bawang besar(saiz sederhana)
2 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup(jika suka)
4@5 sudu rempah gulai
3 sudu besar cili boh(kalau suka pedas lebihkan)
3 kpg gula melaka(nissan kecil)
Garam dan ajinomoto secukup rasa
Cili api & belimbing buluh


Cara-Cara buat nasi:-

-Beras ditoskan kemudian dikukus hingga keluar wap.
-Angkat dan tuang dalam bekas besar
-Ambil sedikit air putih @ santan cair gaul sebati dgn nasi td(org ganu kata ARONG)
-Kukus sekali lg sehingga keluar wap
(ulang step ini sebanyak 2 kali)
-Akhir sekali angkat dari kukusan,tuang kedalam bekas besar
kacau ngan santan pekat sehingga sebati(nampak mcm berminyak)
-Letak bawang dan halia yg telah dimayang besertakan halba
-Kacau rata bolehlah dihidang


Cara Membuat Gulai:-

-Masak santan hingga pecah minyak
-Bwg besar,bwg putih,halia,lengkuas,kunyit-diblend halus
masukkan kedalam santan yg telah pecah minyak td.
-Masukkan rempah,cili boh,nissan,garam dan ajinomoto
-Didihkan dgn api yg perlahan,kacau supaya santan tidak berketul
-Setelah mendidih masukkan ikan yg telah siap dikukus
-Biarkan gulai mereneh dgn api yg perlahan sehingga betul2 masak.

ACAR TIMUN

Beberapa biji timun batang-dihiris panjang
1 biji carot-Dihiris halus
4 biji bawang merah-dimayang
1 biji lada besar-dimayang
Gula,garam,cuka secukup rasa
(semua bahan digaul rata)

Friday, May 1, 2009

Kereta Antik

MILIK SIAPAKAH KERETA INI......??????

FORD LINCORN(towncar)-tahun 1996.Dah masuk seminggu kereta antik ni duk ngan kami.Tak pernah terfikir langsung utk memiliki kereta ni....atas kuasa tuhan ini lah rezeki kami.cik abg kita dah beli kereta ni ngan harga sr 27000.murah kan kerete kat sini.Sejak kami menapak kat KSA ni.kereta ni dah masuk yg ke 3 kami pakai.Yg lepas semua dah dijual....

Selepas jual kereta yg dulu,hampir sebulan kami duk fikir kereta jenis apa yg nk kami beli.Last kata putus kami nk cari MPV @ 4x4.GMC pilihan utama kami.Minggu lepas kami rancang nak ke JEDAH utk cari kereta...Nak jd ke cerita kereta ni...
Tuan punye kereta sempat lg posiiing....sebelum pergi kerja

Pd hari isnin lepas jatuh pd mlm selasa,cik abg aku terima call dr pak arab(sebelum ni dia dah kenal lah)kata nye ada 2 biji MPV baru sampai kat showroom nye.Kebetulan mlm tu kami bersiap utk pergi ke HIPPER PANDA.(supermarket).Jd kami pun terus je lah ke tempatnye.Tengok punye tengok bincang sampai nk rak,last terkeluarlah satu ayat dr mulut cik abg aku.."susah2.aku beli je kereta yg dia pakai"katanye abg aku.Sambil bincang2 pasal MPV td sempat lah juga abg aku bertanyekan pasal kereta yg dipakai pak arab tu...nk jadi ke rezeki kami pak arab tu bersetuju nk jualkan kereta yg dia pakai tu.Terdetik dlm hati aku..ok jugak kereta ni...kat dlm pun ok je luas.Akhirnye kata sepakat kami beli je kereta ni...Terus mlm tu kami bergegas balik kerumah utk mengambil duit bayar kereta ni.Selepas bayar semua keesokan harinye setelah siap proses tukar nama sahlah kereta antik ini menjadi milik kami....Kuasa Tuhan kita mampu merancang tp DIA yg menentukan.
panjang nyeeee......kereta ni

Org yg pertama tengok kereta kami ialah keluarga Hj.Gzaaz.Kata imah(isteri hj.gzaaz)kereta ni mcm kerabat raja-raja je pakai....hahaha.Jd lah kami kerabat rajakan,RAJA KAPOOOR.kwa..kwa..kwa
Agak2 kau org kereta ni ada tk kat MALAYSIA .Tak ada kan...so kalau kami bawak balik kereta ni kat MALAYSIA pastinye jadi perhatian org ramailah ye...ni lah al-kisahnye kereta antik aku.