YaNbu Al-SiNaYyAh 2009

Sunday, May 10, 2009

Minggu Duk Rumah

Dah 2 minggu aku tk keluar dari daerah YANBU ni dek kerana hero2 aku diserang oleh kuman virus vlaricellazoster(chickenpox)ditambah pula ngan xtvt cik abg aku kat yanbu ni.Maka 2 minggu ni duk rumah je leeee....

Cerita pasal duk rumah ni,kalau kat YANBU aku memang angkat tangan,tak tahan ooooooo...boring gila wa cakap luuuu.Kadang2 tu rasa nak nye balik MAS.Nasib ah ARAB dgn MAS ni jauh beribu-ribu batu.Kalau tak....
Untuk hilangkan rasa boring kami keluar jugak walaupun wajah hero2 aku bintik-bintik,tp kami hanya dlm daerah YANBU lah.Kami pergi ambik angin kat pantai YANBU jeee tak jauh dari rumah aku...sambil2 makan cup corn dan aiskrim.Tiga hero ni pula sempat lagi main basikal yg baru dibeli oleh abohnye.Tak sangkalah pulak ramai pak arab dan family datang rehat kat sini.Dah macam pesta pulak,siap ada kereta kuda berhias lagi.
Kalau kat MAS kita selalu tengok kereta lembu dan beca berhias je kat AIR KEROH melaka,tp kat sini aku dapat lihat kereta kuda berhias dengan lampu yg berwarna-warni cantiiiiik...
Ramai jugak org arab ni naik kereta kuda tu,bayaran nye aku tak tahu lah dikenakan berapa.Insyaallah akan ku naik kereta kuda pak arab ni suatu hari nanti...hahaha

basikal baru dibeli hadiah dr aboh tuk birthday adik tapi semua dapat

gambar yg sempat aku snap dari jauh kereta kuda berhias

duduk sambil makan cup corn

0 comments: