YaNbu Al-SiNaYyAh 2009

Tuesday, July 7, 2009

Sejak sekian bulan menapak kat tanah arab nih...macam2 makanan malaysia yg dihidamkan terutama makanan2 kegemaran.Dah lah tu,barang2 pun bukannye senang nak dapat kat sini ada jugak yg tak ada...tp kerana dah gian sangat nak makan maka terpaksalah diusahakan membuatnye sampai menjadi,kalau tak jadik sikit2 pun takpelah asalkan rasanye tu ada...
Cerita pasal makanan nih tak terkira rasanye kalau nak dibilang...dah takde depan mata semuanye nyamaaaaai jer rasa,dulu tak kisah sangat sekarang dah mengigau-ngigau nak buatnye.Seingat aku kuih ni pertama kali aku buat .....beberapa belas tahun yg lepas.Lepas tu haram tak buat2 lagi.Kalau rasa nak makan beli je dulu...tp hari ini aku terpaksa buat lagi kuih ni kerana rasa nak makan sangat2....mujurlah menjadi.
Inilah dia kuih yg aku maksudkan tu....

kuih tepung kapor ( makanan org ganu ) sodaaaaaaaaap....

Sape2 nak cuba ikuti resepi ni...


BAHAN-BAHAN :.

1/2 kg tepung gandum
1 1/4 cawan gula merah-dimasak bersama 2 cawan air
1 s/k kapor makan-bancuh bersama 1/2 cawan air( ditapis,sejukkan )

2 cawan air biasa( jumlah kesemua air yg digunakan 4 1/2 cawan )
Setengah biji kelapa parut diambik putihnye sahaja dan digaul dgn sedikit garam

CARA-CARA MEMBUATNYE :.

-Panaskan periuk kukusan.
-Masukkan tepung dalam mangkuk.
-Campurkan air gula melaka bersama air biasa supaya air gula menjadi sejuk sedikit.
-Tuangkan air gula merah kedalam tepung sedikit2.
-Sambil gaul rata masukkan air kapor dan kacau rata.
-Adunan akan menjadi berketul-ketul tp tak apa teruskan menggaul.
( cara mudah utk menggaul ialah menggunakan tangan agar kita mudah memecahkan ketulan2 tepung tadi @ utk kerja mudah blender je..)
-Tuangkan adunan yg telah sebati kedalam loyang dan kukuslah sehingga masak,lebih kurang 45 minit.
-Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong nipis2 dan digaul bersama kelapa.


SELAMAT MENCUBA

0 comments: